Viral

“Patutnya Anak Pasang Untuk Ayah”-Raisuddin Pilu Bawa Nisan Ke Pusara Sarah

“Patutnya Anak Pasang Untuk Ayah”-Raisuddin Pilu Bawa Nisan Ke Pusara Sarah

Genap sahaja 100 hari pemergian penyanyi Siti Sarah semalam, akhirnya batu nisan yang ditempah dipasangkan di atas pusaranya. Bapa Allahyarhamah, Raisuddin yang merupakan pelakon veteran tanah air bertanggungjawab untuk melakukan ‘turun batu’ di atas pusara anaknya.


BACA: Aku Pergi Tak Kembali… Wanita Ajal Gara-Gara Tak Dapat Ziarah Kubur Anak

Bila saya pasang batu nisan tu, saya terkedu…Rupanya batu nisan ini untuk dia

Walaupun pemergian Siti Sarah sudah hampir 3 bulan lebih, rasa pilu bapanya masih jelas kelihatan lebih-lebih apabila dia sendiri tidak menyangka batu nisan berkenaan tertera nama anak perempuannya. Menyangka seorang bapa akan dijemput Ilahi terlebih dahulu, Raisuddin sempat berseloroh menyatakan sepatutnya namanya yang ada di atas baru nisan itu.


“Patutnya Anak Pasang Untuk Ayah”-Raisuddin Pilu Bawa Nisan Ke Pusara Sarah

“Patutnya Anak Pasang Untuk Ayah”-Raisuddin Pilu Bawa Nisan Ke Pusara Sarah

Kalau pasal cucu, saya rasa bertuah…Muka anak Sarah yang pertama memang sebiji macam muka dia

Menurutnya, hubungan dia dan Siti Sarah sememangnya amat akrab daripada Allahyarhamah lahir ke dunia memandangkan banyak perkara suka dan duka dikongsikan bersama. Dia juga sangat bersyukur kerana kesemua cucunya mempunyai rupa dan perangai yang hampir sama dengan ibu mereka. Ia sekali gus membantu bapa ini menebus kerinduan terhadap puterinya.


“Patutnya Anak Pasang Untuk Ayah”-Raisuddin Pilu Bawa Nisan Ke Pusara Sarah

“Patutnya Anak Pasang Untuk Ayah”-Raisuddin Pilu Bawa Nisan Ke Pusara Sarah

Untuk Ayash, saya dah tak berkemampuan nak jaga dia…Tapi ada la orang rumah & menantu saya jaga dia

Disoal mengenai Ayash Affan, Raisuddin mengatakan bahawa si kecil berkenaan amat mudah dijaga. Oleh kerana faktor usia, dia tidak mampu berjaga pada waktu malam. Namun, dia bersyukur isteri serta anak menantunya sentiasa membantu Shuib menjaga baby itu.

Sumber: Youtube mStar Online Malaysia

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

“Patutnya Anak Pasang Untuk Ayah”-Raisuddin Pilu Bawa Nisan Ke Pusara Sarah

Facebook

Telegram