Viral Hiburan

“Patutnya Saya Beri Kosong”- Didakwa Tak Adil Pada Peserta, Ini Penjelasan Ajai

“Patutnya Saya Beri Kosong”- Didakwa Tak Adil Pada Peserta, Ini Penjelasan Ajai

Sharing is caring!

Mempersembahkan 12 peserta yang juga digelar sebagai ‘Budak Baru Nak Up’ (BBNU), konsert minggu pertama ‘Big Stage’ telah berlangsung dengan meriah semalam. Meskipun begitu, ramai tidak berpuas hati dengan komen dan markah yang diberikan oleh Ajai selaku juri tetap rancangan tersebut kepada salah seorang peserta iaitu Hafiz Zainal.

BACA: “You Tengok Badan Dia?”- Sweet Qismina ‘Angin’ Dengar Komen Spontan Boyfriend

Kalau ikutkan nak beri markah kosong, lebih kepada pekak nada

Memetik portal Astro Gempak, Ajai atau nama sebenarnya Mohd Faizal Bin Maas tetap dengan keputusan tersebut dan jika diikutkan ingin memberi markah kosong kepada doktor gigi berkenaan. Hal ini kerana, dia menilai nyanyian berkenaan lebih kepada pekak nada dan akan menimbulkan masalah besar kepada peserta tersebut.

“Patutnya Saya Beri Kosong”- Didakwa Tak Adil Pada Peserta, Ini Penjelasan Ajai


“Patutnya Saya Beri Kosong”- Didakwa Tak Adil Pada Peserta, Ini Penjelasan Ajai

“Patutnya Saya Beri Kosong”- Didakwa Tak Adil Pada Peserta, Ini Penjelasan Ajai

Tak pedulikan pun, hanya menjalankan tugas untuk membantu para peserta

Mengulas mengenai perasaan tidak puas hati netizen terhadapnya, dia tidak mengambil pusing pun tentang perkara berkenaan. Bagi Ajai, mungkin pihak yang membencinya itu merupakan peminat setia dan dia hanya menjalankan tugas untuk memperbaiki nyanyian para peserta.

“Patutnya Saya Beri Kosong”- Didakwa Tak Adil Pada Peserta, Ini Penjelasan Ajai


“Patutnya Saya Beri Kosong”- Didakwa Tak Adil Pada Peserta, Ini Penjelasan Ajai

Diberikan markah terendah dalam ‘Big Stage’, Hafiz ambil sebagai satu cabaran untuk improve

Di samping itu, Hafiz yang juga merupakan seorang doktor gigi mengakui kelemahannya pada malam tadi. Meskipun diberikan markah terendah dalam sejarah ‘Big Stage’, peserta ini mengambil keputusan dan komen Ajai sebagai satu cabaran serta berharap untuk menunjukkan improvement pada masa akan datang.

Sumber: Fb Astro Gempak, IG officialriax


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Facebook

Telegram

Topik Panas Minggu Ini