Isu Semasa Kesihatan

“Pedih Sikit Saja”- Ummi Nazeera Ajak Travellers ‘Berkemampuan’ Buat Saringan

“Pedih Sikit Saja”- Ummi Nazeera Ajak Travellers ‘Berkemampuan’ Buat Saringan

Baru-baru ini tular di media sosial apabila terdapat beberapa individu yang disahkan positif COVID-19 selepas pulang dari luar negara. Ekoran itu, semua pihak yang baru tiba di tanah air disaran untuk melakukan ujian saringan bagi mengelakkan penularan jangkitan seperti yang dilakukan oleh selebriti Ummi Nazeera.


BACA: Ramai Panik Terus Buat Saringan, Tapi Tolong Utamakan Yang Betul Layak Dahulu

“Pedih Sikit Saja”- Ummi Nazeera Ajak Travellers ‘Berkemampuan’ Buat Saringan

Buat saringan kalau pernah ke luar negara..

Menerusi laman Instagram selebriti ini, dia yang tidak melepaskan peluang membuat ujian tersebut sekali gus disahkan negatif daripada virus terbabit. Malah isteri kepada Dr. Izzar Anwari ini dalam nada berseloroh sempat menggesa para travellers yang baru pulang untuk memperuntukkan sedikit wang dan waktu bagi mengetahui status kesihatan masing-masing.

“Pedih Sikit Saja”- Ummi Nazeera Ajak Travellers ‘Berkemampuan’ Buat Saringan

Tak susah pun, pergi saja drive-thru

Meskipun ujian yang dibuat melalui kaunter pandu lalu (drive-thru) itu sedikit memedihkan, namun dia mengakui bahawa ia berbaloi bagi mengetahui kondisi sebenar kesihatannya dan keluarga. Pelakon wanita ini juga sempat berpesan kepada mereka yang tidak berkemampuan untuk membuat pengasingan diri di rumah bagi memutuskan rantaian jangkitan.


Semoga menjadi asbab buat orang lain..

Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata netizen berbangga dengan inisiatif pelakon ini khas buat tatapan masyarakat. Mereka juga seakan tidak sanggup melihat kesukaran yang dirasai saat sampel kahak diambil meskipun telah ditegaskan bahawa ia tidak seteruk seperti yang disangka.


“Pedih Sikit Saja”- Ummi Nazeera Ajak Travellers ‘Berkemampuan’ Buat Saringan“Pedih Sikit Saja”- Ummi Nazeera Ajak Travellers ‘Berkemampuan’ Buat Saringan“Pedih Sikit Saja”- Ummi Nazeera Ajak Travellers ‘Berkemampuan’ Buat Saringan “Pedih Sikit Saja”- Ummi Nazeera Ajak Travellers ‘Berkemampuan’ Buat Saringan “Pedih Sikit Saja”- Ummi Nazeera Ajak Travellers ‘Berkemampuan’ Buat Saringan

Sumber; Instagram Ummi Nazeera

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

“Pedih Sikit Saja”- Ummi Nazeera Ajak Travellers ‘Berkemampuan’ Buat Saringan

Facebook

Telegram