Inspirasi

Polis Muda Tak Lokek Hulur Gaji Pertama, Bantu Masyarakat Terjejas COVID-19

Polis Muda Tak Lokek Hulur Gaji Pertama, Bantu Masyarakat Terjejas COVID-19

Sharing is caring!

Tidak dinafikan, penularan wabak COVID-19 telah memberi kesan yang buruk kepada ekonomi negara Indonesia. Mereka yang berpendapatan rendah dikhabarkan terpaksa mengikat perut dek kerana tidak dapat mencari sumber pendapatan seperti biasa. Simpati dengan keadaan tersebut, seorang anggota polis dari wilayah Kupang telah bertindak meringankan beban mereka sepanjang musim wabak pandemik itu.

BACA : Budak-Budak Nangis Ditahan Polis Sebab Berkeliaran, Rupa-Rupanya Nak Berniaga


Polis Muda Tak Lokek Hulur Gaji Pertama, Bantu Masyarakat Terjejas COVID-19
Gambar sekadar hiasan

Baru dilantik jadi polis…gaji pertama untuk bantu yang terjejas

Memetik portal Terkini ID, Bripda Nikolaus Irsan Tapobali atau lebih mesra disapa Irsan difahamkan baru sahaja dilantik menjadi anggota Kepolisan Negara Republik Indonesia (PORLI) pada 23 Mac lalu. Apa yang mengharukan adalah dia telah membelanjakan gaji pertamanya sebanyak Rp 7.8 juta (RM 2206) untuk memberi bantuan kepada keluarga dan warga emas yang terjejas sepanjang musim penularan pandemik itu.

Polis Muda Tak Lokek Hulur Gaji Pertama, Bantu Masyarakat Terjejas COVID-19

Polis Muda Tak Lokek Hulur Gaji Pertama, Bantu Masyarakat Terjejas COVID-19

Sebagai tanda bersyukur dan ambil berat kepada masyarakat

Selain memberi barangan keperluan harian, Irsan juga telah mengagihkan topeng muka kepada penduduk kampung sebagai langkah pencegahan wabak COVID-19. Dia turut berpesan kepada orang ramai agar patuh kepada arahan pihak berkuasa untuk kekal di rumah supaya dapat memutuskan rantaian koronavirus. Selain itu, ibu anggota beruniform itu turut memberitahu inisiatif tersebut dibuat sebagai tanda kesyukuran dan ambil beratnya kepada masyarakat sekeliling.


Polis Muda Tak Lokek Hulur Gaji Pertama, Bantu Masyarakat Terjejas COVID-19
Gambar sekadar hiasan

 

Sumber : Terkini ID


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Polis Muda Tak Lokek Hulur Gaji Pertama, Bantu Masyarakat Terjejas COVID-19

Sharing is caring!