Peguam Ini Pertikai Babak Isma Talakkan Riana, Salah Di Sisi Undang-Undang!

Walaupun siri drama yang bertajuk ‘Bukan Cinta Aku’ telah pun melabuhkan tayangannya sejak beberapa hari yang lalu, tapi ternyata drama itu masih lagi dibahaskan oleh penonton khususnya di media sosial. Selain dipertikai tentang penutupnya yang dianggap tidak memuaskan hati, nampaknya kisah percintaan antara watak Riana dan Tengku Isma serta Arjuna ini turut mendapat perhatian seorang peguam yang dikenali sebagai Khairul Fahmi ini. 

BACA: [VIDEO] “Menyakitkan Hati” –  Ending Drama Bukan Cinta Aku Bikin Penonton Geram!

Drama Melayu, stop didik masyarakat Iafaz talak di luar mahkamah!

Menerusi status panjang yang ditulis di laman FB miliknya, Khairul bukanlah mempertikai keseluruhan rancangan tersebut. Sebaliknya dia cuma mahu pengarah drama memberikan penekanan lebih soal undang-undang yang berkaitan dengan rumah tangga, seperti yang dapat dilihat menerusi babak Tengku Isma menjatuhkan talak kepada isterinya di tepi pantai.

Ini adalah kesalahan…dan ramai lelaki yang tak tahu hal ini

Jelasnya, kebanyakkan drama Melayu yang ditayangkan kebelakangan ini memaparkan situasi yang lebih kurang sama dengan babak tersebut. Sedangkan prosedur yang betul untuk mengucapkan kata-kata keramat itu sepatutnya berlaku di dalam Mahkamah sambil disaksikan oleh Hakim. Berikut adalah penerangan lanjut tentangnya.

Bila ramai anggap boleh buat luar Mahkamah…undang-undang pula diabaikan

Antara yang menjadi kerisauan daripada pihaknya adalah masyarakat akan senang untuk terikut-ikut dengan babak yang ditampilkan sebegini. Selain boleh dikenakan denda atas kesalahan melakukannya tanpa kebenaran pihak Mahkamah, terdapat juga pelbagai kesan buruk berlaku kepada suami isteri yang terlibat. Malah tindakan itu turut dilihat seperti mempermainkan sistem perundangan yang terdapat di Malaysia.

Tolong ambil berat isu ni…Drama Melayu ramai yang tengok

Berdasarkan sebab-sebab berikut, Khairul Fahmi menyeru semua pengarah, penulis skrip dan juga penerbit drama atau filem agar memberi perhatian lebih lagi terhadap isu sensitif ini. Walaupun nampak seperti kecil, namun di mata jutaan penonton amatlah besar impaknya demi mendidik masyarakat agar lebih bertamadun. Selain itu, dia turut berkongsi proses sebenar untuk memfailkan tuntutan tersebut di Mahkamah yang sebenarnya agak mudah juga.

Sumber: FB Khairul Fahmi & Associates

Apa Komen Anda?