Antarabangsa

Pekerja Harian Memberontak, Lockdown Akan Jejaskan Pendapatan Rakyat Indonesia

Pekerja Harian Memberontak, Lockdown Akan Jejaskan Pendapatan Rakyat Indonesia

Setiap negara mempunyai perbezaan pentadbiran dan undang-undang bagi mengawal pergerakan rakyat mereka daripada terus keluar ke tempat awam. Bagi membendung COVID-19 terus merebak, kerajaan giat menjalankan beberapa langkah yang juga perlu dipatuhi rakyat daripada terus berleluasa. Untuk Malaysia pula, mujur saja kita sudah memulakan Perintah Kawalan Pergerakan dengan perancangan yang lebih tersusun.


BACA:Van Bawa Pulang Jasad COVID-19 Untuk Kebumi,Orang Kampung Bantah Tak Bagi Masuk

Rekod harian tertinggi di Asia

Namun berbeza pula dengan negara jiran iaitu Indonesia. Mereka masih tidak lagi menguatkuasakan perintah lockdown atau Kawalan Pergerakan walaupun telah mencatatkan bilangan rekod harian tertinggi di Asia tidak termasuk China. Setakat ini, wabak COVID-19 telah meragut nyawa 24 orang doktor perubatan Indonesia dan seramai 2,738 individu positif direkodkan.

Pekerja Harian Memberontak, Lockdown Akan Jejaskan Pendapatan Rakyat Indonesia
Gambar sekadar hiasan

 

Penduduk lebih 270 juta orang

Ketua Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia meluahkan kesukaran menyediakan keperluan asas untuk rakyat melebihi 270 juta orang. Apa yang dirisaukan, tindakan lockdown sebenarnya bakal menjejaskan pendapatan pekerja harian bagi penduduk yang mendiami lebih daripada 16,000 pulau di wilayah itu.


Pekerja Harian Memberontak, Lockdown Akan Jejaskan Pendapatan Rakyat Indonesia
Gambar sekadar hiasan

 

Pembatasan sosial berskala besar

Menurut Astro Awani, Presiden Indonesia telah mengisytiharkan negara tersebut sebagai status darurat atau kecemasan kesihatan dengan membataskan aktiviti sosial berskala besar dalam aktiviti masyarakat. Oleh itu, beliau telah mengumumkan pelbagai bantuan kewangan kepada rakyatnya akibat daripada wabak berjangkit itu.


Pekerja Harian Memberontak, Lockdown Akan Jejaskan Pendapatan Rakyat Indonesia
Gambar sekadar hiasan

 

Sumber : Astro Awani

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Pekerja Harian Memberontak, Lockdown Akan Jejaskan Pendapatan Rakyat Indonesia

Facebook

Telegram