Isu Semasa Viral

Pekerja Hotel Memandai Buat Aduan, Suami Bengang Ditangkap Basah Dengan Isteri

Pekerja Hotel Memandai Buat Aduan, Suami Bengang Ditangkap Basah Dengan Isteri

Operasi tangkap basah biasanya disasarkan untuk mencekup pasangan yang belum berkahwin daripada melakukan ‘hubungan badan’. Terkadang, keprihatinan pekerja hotel penginapan yang membuat aduan juga akan memudahkan kerja petugas jabatan agama. Persoalannya, adakah ia benar-benar sahih?

BACA : Lupa Ambil Kad Nikah, Kisah Lucu Suami Isteri Ditangkap Basah Check-In Hotel

Aku check-in dengan isteri aku…Tiba-tiba dapat ketukan

Dalam kisah yang dikongsikan oleh pengguna TikTok bernama Dik Wan ini, dia sempat mendedahkan kekecewaan saat mengenang semula detik-detik ditangkap basah bersama isteri sendiri. Dalam keadaan tidak tahu apa-apa, pintu bilik mereka telah diketuk oleh pihak berkuasa yang datang membuat pemantauan.

Pekerja Hotel Memandai Buat Aduan, Suami Bengang Ditangkap Basah Dengan Isteri
Gambar sekadar hiasan

Aku tanya receptionist, dia kata bilik jiran yang report?

Bagi mengetahui perkara sebenar, dia segera turun ke lobi hotel dan bertanya kepada receptionist. Peliknya, staf hotel terbabit mendakwa aduan berkenaan sebenarnya dibuat oleh penghuni bilik sebelah Dik Wan. Mendengar alasan tidak munasabah itu, pasangan itu terus check-out dari pusat penginapan tersebut pada malam yang sama.


@dik_wan96

Balas kepada @ceobatu mcm vongok dia punya jawapn 😪 caauuu terus

♬ original sound – Rap Connoisseur

Kerja hotel ni kena jaga privasi tetamu…Tak logik bilik sebelah yang buat aduan

Mengetahui kisah Dik Wan, netizen juga sama-sama meluahkan rasa terkilan apalagi pekerja hotel sepatutnya menjadi privasi tetamu mereka. Ada juga yang berpendapat agar surat nikah terus dilampirkan ketika proses check-in bagi mengelakkan tanggapan bukan-bukan.

Pekerja Hotel Memandai Buat Aduan, Suami Bengang Ditangkap Basah Dengan Isteri


Pekerja Hotel Memandai Buat Aduan, Suami Bengang Ditangkap Basah Dengan Isteri

Pekerja Hotel Memandai Buat Aduan, Suami Bengang Ditangkap Basah Dengan Isteri


Kredit : TikTok dikwan96

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Pekerja Hotel Memandai Buat Aduan, Suami Bengang Ditangkap Basah Dengan Isteri

Facebook

Telegram