Viral cinta * perhubungan

Pekerja Offshore Langgan Pelacur Bila Kapal Berlabuh? Lelaki Beri Jawapan Jujur

Pekerja Offshore Langgan Pelacur Bila Kapal Berlabuh? Lelaki Beri Jawapan Jujur

Oleh kerana kebanyakan pekerja offshore perlu berlayar lama di laut, banyak kali kita dengar tentang sisi gelap kerjaya ini. Antaranya adalah melakukan hubungan badan terlarang sebagai jalan terakhir bagi melampiaskan nafsu serakah. Untuk yang berstatus suami, tuduhan itu kerap dilemparkan memandangkan isteri mereka berada jauh di atas darat.

BACA : Realiti Kerja Offshore- Gaji Lumayan, Tapi Selalu Pulang Dapat Berita Sedih

Stereotaip ini yang selalu dilemparkan pada kami…Tapi kau tak boleh salahkan pekerjaan atas kesalahan individu tertentu

Persoalannya, seberapa benarkah stigma yang sering berlegar ini? Betulkah dakwaan bahawa ada yang sanggup melanggan pelacur sekiranya kapal mereka berlabuh seketika di mana-mana perairan? Bagi menjawab persoalan itu, pandangan lelaki ini mungkin boleh menjernihkan segala prasangka.

Pekerja Offshore Langgan Pelacur Bila Kapal Berlabuh? Lelaki Beri Jawapan Jujur
Gambar sekadar hiasan

Suami kau duduk dalam kelompok mana, cuma kau je yang tahu…Semua yang kita buat ni pilihan masing-masing

Dalam 1 tandan pisang, tidak semuanya buruk. Usah memukul rata sesebuah pekerjaan hanya sebab 1 kesalahan dibuat oleh seseorang, tegasnya ia bergantung kepada sikap individu itu sendiri. Tidak dinafikan realiti gelap terbabit memang benar-benar wujud, namun ia tidak berlaku pada kepada seluruh anak kapal.

@asnawihamdan

Replying to @lyna323232 susah soalan ni, wujud, tapi bukan semua. bergantung individu. #malaysianseafarer #marineengineer #engineteam #stereotypes #darkside

♬ original sound – asnawihamdan – asnawihamdan

Kalau nak buat jahat, takyah tunggu kerja kapal…Kerja mana-mana pun boleh jadi, semua atas niat

Menerusi pandangan netizen pula, mereka bersetuju dengan penjelasan lelaki berkenaan. Menyandang status sebagai seorang pelaut bukanlah ukuran, bahkan sesiapa pun boleh terjebak sama jika gagal menahan nafsu diri.

Pekerja Offshore Langgan Pelacur Bila Kapal Berlabuh? Lelaki Beri Jawapan Jujur

Pekerja Offshore Langgan Pelacur Bila Kapal Berlabuh? Lelaki Beri Jawapan Jujur

Pekerja Offshore Langgan Pelacur Bila Kapal Berlabuh? Lelaki Beri Jawapan Jujur

Kredit : TikTok asnawihamdan

🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Pekerja Offshore Langgan Pelacur Bila Kapal Berlabuh? Lelaki Beri Jawapan Jujur

Facebook

Telegram

Kasut