Isu Semasa Kesihatan

Pekerja Pasaraya Pakai Sarung Tangan, Dr. Imelda Balchin Tampil Beri Teguran

Pekerja Pasaraya Pakai Sarung Tangan, Dr. Imelda Balchin Tampil Beri Teguran

Dr. Imelda Balchin maklumkan tentang COVID-19 bahawa pemakaian sarung tangan dalam pekerja pasar raya adalah tidak digalakkan dan ia tidak menjamin kesihatan si pemakai daripada dijangkiti. Lebih membimbangkan, penggunaannya dikhuatiri menjadi pengantara untuk virus tersebut merebak sekiranya tidak ditukar dalam beberapa jam.


Pekerja Pasaraya Pakai Sarung Tangan, Dr. Imelda Balchin Tampil Beri Teguran
Gambar sekadar hiasan

Pakar Perunding Perubatan Maternal dan Fetal, Pusat Rawatan KPJ Damansara, Dr Imelda Balchin menerusi Facebook miliknya menegur pekerja pasaraya yang memakai sarung tangan dalam tempoh yang lama. Beliau memerhatikan situasi berkenaan ketika membeli barangan keperluan di sebuah pasaraya semalam.


Pekerja Pasaraya Pakai Sarung Tangan, Dr. Imelda Balchin Tampil Beri Teguran

Antara situasi yang membangkitkan kerisauannya apabila, pelanggan yang membawa banyak barangan dan ingin membayar di kaunter juruwang silih berganti , namun penggunaan sarung tangan oleh para pekerja masih tidak ditukar ganti dalam tempoh yang panjang.


Pekerja Pasaraya Pakai Sarung Tangan, Dr. Imelda Balchin Tampil Beri Teguran

Bukan Saranan KKM & WHO

Melihat keadaan itu, Dr. Imelda berkata, tindakan memakai sarung tangan bukanlah saranan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan World Health Organization (WHO).

Pekerja Pasaraya Pakai Sarung Tangan, Dr. Imelda Balchin Tampil Beri Teguran

Pekerja Pasaraya Pakai Sarung Tangan, Dr. Imelda Balchin Tampil Beri Teguran

Tambahnya lagi, sekiranya pekerja di pasar raya tidak memakai sarung tangan, sekurang-kurangnya mereka boleh mencuci tangan dengan menggunakan sanitizer yang diletakkan di setiap kawasan pasar raya berkenaan di antara setiap pelanggan.

sanitizer
Gambar sekadar hiasan

Dalam pada itu, beliau turut memberitahu bahawa dalam etika tugasnya sebagai seorang doktor, sekiranya memakai sarung tangan yang sama untuk dua orang penerima rawatan merupakan satu kesalahan dari segi tatacara kebersihan.

Amalkan Jarak Sosial Dan Tingkatkan Kebersihan

Sementara itu, Dr. Imelda turut berharap agar setiap pekerja di pasar raya juga mengamalkan jarak sosial terutama dengan pelanggan yang hadir. Selain itu, beliau turut menyarankan agar semua pekerja dapat meningkatkan amalan kebersihan diri dan tempat kerja seperti yang disarankan oleh KKM.

Pekerja Pasaraya Pakai Sarung Tangan, Dr. Imelda Balchin Tampil Beri Teguran
Gambar sekadar hiasan

Tambahnya lagi, sekiranya memakai mask, jangan sentuh bahagian muka untuk membetulkan keadaan mask dengan sarung tangan yang tidak bersih atau tangan yang tidak dicuci terlebih dahulu.

Pekerja Pasaraya Pakai Sarung Tangan, Dr. Imelda Balchin Tampil Beri Teguran
Gambar sekadar hiasan

Sumber : Facebook Imelda Balchin

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Pekerja Pasaraya Pakai Sarung Tangan, Dr. Imelda Balchin Tampil Beri Teguran

Facebook

Telegram