Pelajar Form 2 Ditemui Lalok Tak Sedarkan Diri, Rupanya Kawan Paksa Teguk Arak!

Semalam tular satu video berdurasi 1 minit 26 saat di media sosial memaparkan keadaan seorang pelajar yang masih berbaju sekolah terbaring di atas kerusi berhampiran sekolahnya sebelum disedari orang ramai kira-kira jam 1 tengah hari. Sepatutnya pelajar tingkatan 2 itu mengikuti pembelajaran sesi petang tapi dia dikatakan telah menyertai rakan-rakannya untuk meneguk minuman keras murah tersebut.

BACA : “Bahasa Cina Pun E!” – Netizen Kantoikan Result Pelajar Kurang Ajar Dengan Guru

Kredit Foto : Metro

Pelajar berkenaan dipercayai terlalu ‘lalok’ menyebabkan dia tidak sedarkan diri manakala orang ramai yang menyedari akan hal itu terus memaklumkan kepada pihak sekolah. Mereka turut menghubungi pasukan perubatan untuk membuat pemeriksaan dan mendapati pelajar lelaki berkenaan telah meneguk minuman keras secara berlebihan.

Akan adakan pertemuan dengan ibu bapanya & ceramah

Kemudian dia dikejarkan ke H0spitaI Tengku Ampuan Afzan (HTAA) bagi mendapatkan rawatan lanjut dan kini keadaannya dikatakan stabil. Sementara itu, Mohd Razali Mustafar yang juga Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuantan telah mengesahkan hal itu dan pihaknya akan memanggil pelajar tersebut bagi sesi kaunseling.

Mereka paksa saya minum..pening & separuh sedar

Menerusi laporan yang dipetik daripada Harian Metro, pelajar sekolah di Air Putih, Kuantan ini mendakwa bahawa dia telah dipaksa untuk meminum air campuran antara minuman keras murah dengan sebotol air bikarbonat oleh rakannya di sekolah.

Gara-gara tersebarnya berita yang dia sudah tidak bernyawa lagi, remaja ini meluahkan rasa kesal terhadap sesetengah pihak yang telah menyebarkan berita palsu mengenai dirinya itu. Tambah pelajar ini lagi, dia akui kesilapan kerana menurut sahaja dengan ajakan kawan-kawannya sedangkan ketika itu dia sepatutnya masuk ke kelas. Malah dia turut memberitahu kepada pihak media bahawa tindakan tersebut dilakukan bukan atas kerelaannya sendiri dan itulah pertama kali melakukannya.

Sumber : Harian Metro

Apa Komen Anda?