Pelajar Nekad Gantung Diri Pada Kipas, Pernah Tertekan Sebab Malu Didenda Guru

Masalah kesihatan mental merupakan isu serius yang melanda semua peringkat umur. Tidak kiralah tua ataupun muda, semua tidak terkecuali berhadapan situasi tersebut dan ia boleh tercetus daripada pelbagai punca. Meskipun secara zahirnya kelihatan tiada apa-apa, namun gelora jiwa yang dihadapi hanya dirasai tuan badan sendiri. Baru-baru ini juga, seorang pelajar sekolah telah mengejutkan ramai apabila dia ditemui menggantung diri di rumahnya.

BACA : Tak Kekok Sikatkan Kutu Di Rambut Murid Pedalaman, Guru Muda Raih Pujian

Tergantung di kipas siling dengan leher diikat kain

Memetik daripada laporan Berita Harian, seorang pelajar Tingkatan Empat itu ditemui tergantung pada kipas siling dengan kain selimut terikat di lehernya pada Selasa lalu. Menurut ibu kepada S Logamitraa, pada hari kejadian dia ada mengetuk bilik pelajar berkenaan beberapa kali. Selepas tidak mendengar sebarang respon, wanita ini kemudiannya cuba membuka pintu bilik dengan menggunakan kunci pendua. Siapa menduga anaknya itu berada dalam keadaan yang begitu mengejutkan.

Advertisement

Tertekan selepas didenda pakai seluar pendek

Dalam pada itu, Presiden Malaysian Tamilar Kural yang mewakili keluarga terbabit mendakwa pelajar itu pernah mengalami tekanan dengan beberapa tindakan pihak sekolah. Bukan sahaja tertekan kerana kemahuan untuk berpindah ke kelas lain tidak dibenarkan, malahan gurunya pernah merampas satu kunci miliknya kerana ia boleh mendatangkan risiko keselamatan. Tidak ketinggalan, Berita Harian mendedahkan lagi bahawa S Logamitraa terasa diaibkan oleh gurunya kerana didenda mengenakan seluar pendek selepas dia memakai seluar panjang ketat ke sekolah.

Advertisement
Kredit Foto : Berita Harian

Tidak menemui sebarang unsur jenayah

Ketua Polis Seberang Perai Tengah juga mengesahkan pemergian pelajar itu disebabkan oleh tindakannya menggantung diri berikutan terdapat beberapa kesan lebam pada leher selain tidak menemui sebarang unsur jenayah. Namun sehingga kini, punca sebenar mengapa dia berbuat begitu masih lagi berada dalam siasatan.

Sumber : Berita Harian

Advertisement

Apa Komen Anda?