Family

Tak Nak Risaukan Mak, Pelajar Terpaksa Tipu Cukup Makan Walau Jamah Mi Segera

Tak Nak Risaukan Mak, Pelajar Terpaksa Tipu Cukup Makan Walau Jamah Mi Segera

Sharing is caring!

Setiap orang pasti pasang impian untuk sambung belajar, namun hakikatnya ia bukan mudah seperti yang disangka. Antara cabaran berjauhan daripada keluarga adalah tak mempunyai wang sama ada untuk urusan makan minum, mahupun bahan kuliah. Hal ini kerana sesetengah kita bimbang terhadap status kewangan mak ayah selain tak mahu susahkan mereka.

BACA: Student Mengeluh Duit Belanja RM2000 Sebulan ‘Ciput’, Netizen Kongsi Struggle

Mak tanya “Abang dah makan?” Sedapkan hati jawab lain walhal cuma mampu jamah mi segera

Samalah seperti perkongsian hidup pemuda yang dikenali sebagai Raff Hamdan ini. Setiap kali ibunya menelefon, dia pasti akan ditanya tentang perkembangan di tempat belajar dan hari ini makan lauk apa. Gara-gara tak mahu risaukan hati bonda tercinta, lelaki ini menjawab sudah makan hidangan yang lazat dan mewah meskipun hakikatnya cuma menjamah mi segera di asrama saja.


@raffhamdan

student be like . #fypシ #LDR

♬ Ku Timang Adikku Sayang – ARUL PUTRA ROBAN

Bertuah parents yang dapat anak memahami ni…dulu sanggup kerja part time sebab tak mahu susahkan mak

Siapa sangka, ramai pihak boleh relate dengan situasi tersebut ketika duduk berjauhan dari keluarga. Selain menyifatkan golongan seperti ini sebagai anak yang bagus, rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman serta jawapan masing-masing apabila ditanyakan soalan serupa daripada orang tua. Secara keseluruhannya, video pilu tersebut telah meraih lebih 200 ribu jumlah tontonan di aplikasi TikTok.

Tak Nak Risaukan Mak, Pelajar Terpaksa Tipu Cukup Makan Walau Jamah Mi Segera

Tak Nak Risaukan Mak, Pelajar Terpaksa Tipu Cukup Makan Walau Jamah Mi Segera


Tak Nak Risaukan Mak, Pelajar Terpaksa Tipu Cukup Makan Walau Jamah Mi Segera

Sumber: TikTok raffhamdan


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Facebook

Telegram

Topik Panas Minggu Ini