Pelakon Jelita Kongsi Rasa Syukur Bersalin, Tapi Anaknya Pula Terlebih Excited!

Tiada siapa boleh menggambarkan perasaan gembira apabila selamat melahirkan anak yang dikandung selama 9 bulan. Itulah mungkin perasaan yang dirasai oleh seorang pelakon ini yang memuat naik foto di Instagram miliknya memberi khabar gembira tentang kelahiran anak keduanya, semalam. Shima Anuar atau nama sebenarnya Noor Hashimah Binti Anuar selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah h0spital swasta di ibu kota. 

BACA: Kepala Baby Besar – Tasha Manshahar Buka Cerita Kena Czer Lepas Induce 3 Kali!

Shima memanjatkan rasa terharu kepada semua yang telah membantu dan mendoakannya semasa proses melahirkan anak lelakinya itu. Walaupun dia perlu bersalin secara operation tetapi Alhamdulillah urusan melahirkan bayi lelaki seberat 2.88 kilogram itu berjalan dengan lancar. 

Sophia paling teruja

Menariknya, Shima mendedahkan bahawa anak pertamanya pula yang lebih teruja mahukan adik lelaki. Malah dia juga antara orang yang paling risau semasa saya di dalam bilik rawatan.

Kongsi nama anak

Berkongsi nama anak lelaki di bahagian kapsyen, Mikhael Imaan Bin Mohd Solih, dia turut mendapat banyak ucapan tahniah daripada rakan artis dan pengikut di Instagram miliknya. Shima begitu gembira memberitahu media yang dia amat bersyukur kerana akhirnya dia sudah ada sepasang anak lelaki dan perempuan. Bermakna, dia dan Sophia sudah mempunyai ‘teman lelaki’ baru. 

Sumber: Metro & IG Shima Anuar

Apa Komen Anda?