Viral Antarabangsa Inspirasi

Pelakon Korea Berjaya Beli Rumah Pertama Usia 56 Tahun, Simpan 1001 Kisah Duka

Pelakon Korea Berjaya Beli Rumah Pertama Usia 56 Tahun, Simpan 1001 Kisah Duka

Nama pelakon terkenal Kim Kwang-kyu tidak asing lagi memandangkan dia begitu dikenali melalui watak komedi dalam kebanyakan drama Korea. Dengan kelucuan serta mimik muka bersahaja, dia juga banyak menyertai variety show termasuklah ‘Running Man’. Namun di sebalik semua itu, siapa sangka rupanya lelaki ini menyimpan kisah hidup yang agak menyedihkan?

BACA : Haha Dedah Realiti Extreme Pembikinan Running Man, Rupanya Ini Yang Ditanggung

Selama ini bertahun-tahun cuma duduk menyewa saja

Walaupun kebanyakan artis Korea Selatan sering dikatakan mempunyai pendapat lumayan sehingga boleh membeli apa sahaja, nasib pula tidak menyebelahi Kwang-kyu. Hanya pada usia 56 tahun, barulah aktor drama ‘Business Proposal‘ ini berjaya membeli rumahnya sendiri. Hingga sekarang, dia akui masih kekok untuk beradaptasi dengan suasana rumah barunya yang terlihat besar itu.

Pelakon Korea Berjaya Beli Rumah Pertama Usia 56 Tahun, Simpan 1001 Kisah Duka

Pelakon Korea Berjaya Beli Rumah Pertama Usia 56 Tahun, Simpan 1001 Kisah Duka

Pelakon Korea Berjaya Beli Rumah Pertama Usia 56 Tahun, Simpan 1001 Kisah Duka

Pelakon Korea Berjaya Beli Rumah Pertama Usia 56 Tahun, Simpan 1001 Kisah Duka

Tahun lepas Kwang-Kyu beritahu bakal beli rumah lebih awal, namun perancangan terbantut

Rupanya sebelum ini, dia sudah memasang impian untuk membeli rumah lebih awal. Namun gara-gara terpedaya dengan nasihat seorang agen hartanah, hasrat itu terpaksa dibatalkan terlebih dahulu sebelum akhirnya menyesal.

“Seorang agen hartanah kata harga rumah akan turun nanti Jadi saya tunggu dulu. Sekali, saya dapati harga rumah tu makin mendadak naik 2 kali ganda. Geram betul. Jadi saya cuma mampu duduk menyewa di pangsapuri biasa”

Pelakon Korea Berjaya Beli Rumah Pertama Usia 56 Tahun, Simpan 1001 Kisah Duka

Pelakon Korea Berjaya Beli Rumah Pertama Usia 56 Tahun, Simpan 1001 Kisah Duka

Kwang-kyu menanggung sejarah isu kewangan yang amat serius

Tidak ketinggalan, dia juga menjadi sasaran scammer hartanah sehingga mengalami kerugian wang sekitar 7 bilion won iaitu bersamaan RM25 juta. Lebih malang lagi, teman wanita yang dicintai lantas menghilang dan memutuskan hubungan dalam keadaan dirinya sedang bergelut dengan masalah terbabit. Walaupun kekal hidup membujang hingga kini, memiliki rumah pertama merupakan satu pencapaian besar buatnya.

“Ketika muda dahulu, Kwang-kyu juga pernah kehilangan semua wang simpanan selepas menyertai perdagangan saham. Bukan sahaja tidak mendapat pulangan pelaburan, malahan pelakon berusia 56 tahun ini tanggung hutang sebanyak 30 juta won bersamaan RM103 ribu”

Pelakon Korea Berjaya Beli Rumah Pertama Usia 56 Tahun, Simpan 1001 Kisah Duka
Kredit Foto : War In Life

 

Kredit : Portal Kbizoom News & lujuba

🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Pelakon Korea Berjaya Beli Rumah Pertama Usia 56 Tahun, Simpan 1001 Kisah Duka

Facebook

Telegram

Kasut