Hiburan

Pelakon Kacak Shah Radhi Akui Tak Bersalah Dekati Wanita Berstatus Isteri Orang

Pelakon Kacak Shah Radhi Akui Tak Bersalah Dekati Wanita Berstatus Isteri Orang

Sharing is caring!

Beberapa hari lalu kecoh berita mengenai seorang aktor kacak Muhammad Shah Radhi Hazvee bersama pengurus wanitanya yang ditangkap sekitar jam 8 malam pada Isnin. Pelakon itu kemudiannya ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang susulan laporan yang dibuat oleh suami wanita terbabit.

BACA : Mereka Perlu Ada Prinsip Pelakon Veteran Roslan Salleh Tegur Artis Baru


Mengaku tak bersalah..

Dipercayai mula berkhidmat dengan pelakon berusia 24 tahun itu sejak tahun lalu, wanita tersebut didakwa sering mengikutnya. Ini sekali gus menimbulkan syak wasangka si suami. Bagaimanapun, Shah Radhi mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut. Pengakuan itu dibuat di Mahkamah Majistret Ampang pada Jumaat pagi.

Pelakon Kacak Shah Radhi Akui Tak Bersalah Dekati Wanita Berstatus Isteri Orang

Boleh dipenjara 2 tahun

Memakai kemeja-T ketika ditahan, Shah Radhi telah membuat pengakuan tidak bersalah selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Farah Nasihah Annuar. Jika bersalah, pelakon muda berkenaan boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.


Pelakon Kacak Shah Radhi Akui Tak Bersalah Dekati Wanita Berstatus Isteri Orang

Peguam merayu kurangkan denda..

Berdasarkan prosiding mahkamah yang dikendalikan, Timbalan Pendakwa Raya menuntut mahkamah untuk menawarkan jaminan RM6,000 ke atas tertuduh berikutan keseriusan pertuduhan tersebut. Namun tertuduh yang diwakili peguam Harcharanjit Singh merayu agar dikenakan denda yang rendah iaitu sebanyak RM2,000 kerana tertuduh seorang artis dan mendapat liputan meluas yang tiada alasan untuk dia melarikan diri.

Pelakon Kacak Shah Radhi Akui Tak Bersalah Dekati Wanita Berstatus Isteri Orang
Kredit Foto : Harian Metro

 

Sumber : Harian Metro


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!