Viral Kehidupan

Pelanggan Salah Pin Lokasi Ugut Buang Kerja, Rider Dihina Sedih Maruah Tercalar

Pelanggan Salah Pin Lokasi Ugut Buang Kerja, Rider Dihina Sedih Maruah Tercalar

Sendiri salah, sendiri pula yang naik angin. Itulah kata-kata yang paling sesuai menggambarkan tindakan seorang pelanggan melampiaskan marah kepada food rider bernama Muhd Yusuf. Dek kerana rasa geram pesanan makanannya lambat diterima, dia malah mengugut Yusuf mahu mengadukan perkara itu kepada pihak atasan termasuklah kebarangkalian dibuang kerja.

BACA : 30 Minit Tunggu Owner Tak Keluar Rumah, Netizen Ingatkan Jangan ‘Sidai’ Rider

Aku dah sampai dia kata “kau tak pandai cari sendiri ke”…Aku dah cari 1 jam

Menurut penjelasan rider berusia 27 tahun ini, sebenarnya pelanggan terbabit yang salah pin location sehingga terpaksa dicari ke kawasan sekitar hampir 1 jam. Bukan sahaja tidak mengaku silap sendiri apalagi hendak meminta maaf, maruah Yusuf juga seakan tercalar kerana dihina bertubi-tubi di hadapan khalayak ramai.

Pelanggan Salah Pin Lokasi Ugut Buang Kerja, Rider Dihina Sedih Maruah Tercalar

Dalam phone dia cakap dengan saya kurang ajar, takkan saya nak hormat dia?

Bercerita lebih lanjut tentang kejadian itu dengan portal mStar, awalnya dia sudah mencari lokasi yang dimaksudkan termasuklah bertanya dengan pengawal keselamatan di sana. Setelah bertemu, makanan berkenaan terus dirampas dan tidak semena-mena Yusuf dilemparkan dengan kata-kata kesat. 10 tahun berada dalam bidang food delivery, dia akui inilah kali pertama dia berdepan dengan customer sebegitu.

Pelanggan Salah Pin Lokasi Ugut Buang Kerja, Rider Dihina Sedih Maruah Tercalar

Saya balik rumah tengok anak bini, saya sedih…Kemungkinan esok saya kena gantung kerja ke

Mujurlah selepas isu berkenaan dibawa ke pengetahuan majikannya sendiri (CS), mereka tidak berpihak kepada pelanggan malahan menyuruh Yusuf untuk membuat laporan polis. Tiada apa yang dimahukan oleh Yusuf selain berharap pelanggan terbabit datang meminta maaf kepadanya. Natijah daripada pengalaman pahit tersebut, bapa 2 anak ini berpesan agar orang di luar sana tidak melayan golongan rider seperti mereka tiada maruah diri.

Kredit : TikTok minyakhitamjalanan & Facebook mStar

🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Pelanggan Salah Pin Lokasi Ugut Buang Kerja, Rider Dihina Sedih Maruah Tercalar

Facebook

Telegram