Viral Antarabangsa Inspirasi

Pelarian Jadi Model Terkenal, Rela Berhenti Lepas Disuruh Gayakan Tudung Merapu

Pelarian Jadi Model Terkenal, Rela Berhenti Lepas Disuruh Gayakan Tudung Merapu

Dilahirkan di Kem Pelarian Kakuma, Kenya pada tahun 1997, siapa sangka Allah telah menetapkan takdir yang cukup cantik buat gadis bernama Halima Aden. Walaupun zaman kecilnya tidak seindah orang lain kerana ibunya mempunyai sejarah melarikan diri dari Perang Somalia 1994, dia berjaya membina nama sebagai model hijab pertama yang menyertai pertandingan Ratu Cantik Miss Minnesota USA 2016 dahulu.

BACA : Agensi Ternampak Di Warung Ikan Keli, Gadis Terus Dapat Job Model Antarabangsa

Model selalu tukar baju depan orang sebab diaorang sentiasa rushing

Hidupnya semakin baik setelah berpindah ke Amerika Syarikat, ia malah menjadi titik mula kerjaya dunia peragaannya hinggakan Halima mendapat banyak tawaran baru. Berdiri setanding dengan model lain, dia berjaya menjual kemampuannya peragakan diri di pelbagai pentas fesyen bersaiz mega. Selari dengan keperluan menjaga aurat, gadis muda tersebut dikatakan telah menetapkan kontrak enggan menukar baju di khalayak ramai.

@girlmeetscouture

I do miss seeing Halima on the runway and editorials but she made the best choice for real ! #fashiontiktok #fypmalaysia #fashiontok #halimaaden

♬ Left and Right (Feat. Jung Kook of BTS) – Charlie Puth & Jung Kook & BTS

Pelarian Jadi Model Terkenal, Rela Berhenti Lepas Disuruh Gayakan Tudung Merapu

Pelarian Jadi Model Terkenal, Rela Berhenti Lepas Disuruh Gayakan Tudung Merapu

Tinggalkan dunia glamour & utamakan tuntutan agama

Pun begitu, rupanya Halima menyimpan satu kisah yang cukup mencetuskan inspirasi. Walaupun sedang meraih populariti luar biasa, dia kurang selesa apabila merasakan tudungnya kian singkat hari demi hari. Tanpa disedari, dirinya seakan-akan dieksploitasi oleh pihak tertentu di atas nama trend dan fesyen. Dengan busana yang semakin tidak mematuhi syarak, dia memilih untuk berhenti menjadi model demi mengutamakan tuntutan agama.

“2 tahun sebelum ini, saya berikan kepercayaan pada team di set kerja untuk aturkan gaya hijab saya. Di situlah masalah bermula. Cara mereka stailkan hijab tu sangat tersasar daripada identiti saya sebagai wanita Islam. Mereka mula letak jeans atas kepala saya & bukannya tudung. Di situ saya mula rasa ada konflik dalaman” – Halima

Pelarian Jadi Model Terkenal, Rela Berhenti Lepas Disuruh Gayakan Tudung Merapu

Pelarian Jadi Model Terkenal, Rela Berhenti Lepas Disuruh Gayakan Tudung Merapu

Pelarian Jadi Model Terkenal, Rela Berhenti Lepas Disuruh Gayakan Tudung Merapu

Sama konsep macam Neelofa, tinggalkan karier masa sedang berada di puncak

Melalui ruangan komen, ramai netizen kagum dengan pilihan sukar yang dibuat oleh Halima. Keluar dari zon selesa sendiri bukanlah hal mudah, justeru mereka tersentuh kerana gadis ini rela memilih agama berbanding kesenangan hidup yang sementara.

Pelarian Jadi Model Terkenal, Rela Berhenti Lepas Disuruh Gayakan Tudung Merapu

Pelarian Jadi Model Terkenal, Rela Berhenti Lepas Disuruh Gayakan Tudung Merapu Pelarian Jadi Model Terkenal, Rela Berhenti Lepas Disuruh Gayakan Tudung Merapu

Kredit : TikTok girlmeatscouture & Portal The Guardian

🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Pelarian Jadi Model Terkenal, Rela Berhenti Lepas Disuruh Gayakan Tudung Merapu

Facebook

Telegram