Bila hidup berjiran, kadang-kadang kita boleh rapat seperti keluarga sendiri. Selain saling bertukar juadah, mereka jugalah antara golongan yang banyak membantu jika berlaku sebarang masalah di rumah. Bagaimanapun, tidak semua orang dapat merasai pengalaman itu kerana ada juga yang tidak peduli akan keharmonian sesama masyarakat.
BACA:Â Pacak Khemah Bentang Tikar, Jiran Pakat Iftar Bersama Siap Bertukar Juadah
Pelik halaman rumah sering dipenuhi najis kucing
Sama juga seperti nasib seorang wanita ini apabila terpaksa berhadapan dengan sikap biadap jirannya. Menerusi perkongsian @serraelle di laman TikTok, pada asalnya dia berasa hairan melihat keadaan halaman rumah yang sentiasa dipenuhi dengan najis kucing. Biarpun sudah dibersihkan beberapa kali, namun ia tetap ada hampir setiap hari.
Jawatan Kosong: Penulis Di Laman Portal Kisah Dunia (Work From Home)
Kantoi rupanya perbuatan jiran sebelah…selamba campak kotoran ke halaman rumah
Bagaimanapun, segala persoalan telah terjawab selepas mengetahui jirannya merupakan dalang di sebalik kejadian berkenaan. Dalam klip itu, lelaki tersebut pada awalnya dilihat hanya melontarkan sedikit kotoran. Namun selepas memerhatikan tiada sosok orang berhampiran, dia terus mencampakkan pasir berisi najis kucing dalam kuantiti yang agak banyak.
@serraelle Living next to people is fun. 😩 #badneighbors #badneighbor
Sepatutnya cedok semua dan baling balik…awak patut bersuara, jangan biarkan dia buat macam tu
Secara keseluruhan, video tersebut telah mencapai lebih daripada 7 juta views. Rata-rata netizen pada ruangan komen pula turut menzahirkan rasa tidak puas hati akan perbuatan biadap jejaka berkenaan. Malah, ada juga yang menyarankan agar mereka membuat laporan oleh kerana perbuatan itu telah menyalahi undang-undang.
Kredit: TikTok serraelle
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura