Inspirasi Viral

Pelik Rasa Geli Telinga Masa Ride, Lelaki Tersentak Rupanya Helmet Dihuni Lipan

Pelik Rasa Geli Telinga Masa Ride, Lelaki Tersentak Rupanya Helmet Dihuni Lipan

Tidak dapat dinafikan, pasti ramai yang akan berasa geli apabila berhadapan dengan ‘haiwan kecil’. Lebih-lebih lagi apabila ia mempunyai bisa, memang tak cukup tanah nak lari. Namun, pernah tak kita terfikir jika ‘mereka’ menghuni sesuatu barang yang kita selalu pakai? Mesti tak boleh bayang bagaimana perasaan ketika itu.


BACA: 30 Minit Tunggu Owner Tak Keluar Rumah, Netizen Ingatkan Jangan ‘Sidai’ Rider

Hati-hati korang, sebelum sarung helmet, check dulu…tengah ride, rasa geli-geli kat telinga pula

Sama juga seperti yang berlaku kepada lelaki ini apabila berdepan dengan salah satu haiwan berkenaan. Menerusi perkongsian waksarepyamahasokan di laman TikTok, kisahnya ketika itu dia sedang menunggang motosikal ke sesuatu tempat. Tidak lama kemudian, dirinya mula merasakan sesuatu yang aneh di sekitar kepala dan menyangka hanyalah kerana rambut.

Pelik Rasa Geli Telinga Masa Ride, Lelaki Tersentak Rupanya Helmet Dihuni Lipan.


Lelaki terkejut jumpa lipan dalam helmet, rupanya tersorok di sebalik span

Tidak lama kemudian, dia pun mengambil keputusan untuk berhenti bagi melakukan pemeriksaan. Namun, alangkah terkejutnya selepas melihat seekor lipan yang bersembunyi di celah-celah helmetnya. Ujarnya, kejadian itu cukup mencetuskan rasa trauma untuk terus menyarung pelindung kepala berkenaan. Bagaimanapun, dia tetap bersyukur kerana masih terselamat daripada terkena bisa binatang tersebut.


@waksarepyamahasokan

Hati2 korang.. Sebelum sarung helmet, check dulu.. Tgh ride, dok geli2 kt telinga pulak.. 😵😵 #safety1st #fypシ #foryourpageviral #foryourpagetiktok

♬ bunyi asal – WakSarepYSokan – Wak Sarep Y Sokan

Kalau saya, buang terus helmet tu…sanggup beli helmet baru walaupun benda tu dah buang sebab fobia

Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen turut terkejut selain bersyukur kerana lelaki tersebut terselamat daripada sengatan lipan berkenaan. Malah, mereka juga sempat menitipkan nasihat agar dia lebih berhati-hati agar tidak lagi berulang kejadian sama.

 

Pelik Rasa Geli Telinga Masa Ride, Lelaki Tersentak Rupanya Helmet Dihuni Lipan

Pelik Rasa Geli Telinga Masa Ride, Lelaki Tersentak Rupanya Helmet Dihuni Lipan

Pelik Rasa Geli Telinga Masa Ride, Lelaki Tersentak Rupanya Helmet Dihuni Lipan

Kredit: waksarepyamahasokan

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Pelik Rasa Geli Telinga Masa Ride, Lelaki Tersentak Rupanya Helmet Dihuni Lipan

Facebook

Telegram