Pemain Bola Filipina Jadi Viral, Konon Berlagak Lepas Menang Lawan Malaysia

Minggu lalu telah menyaksikan skuad bola sepak bawah 22 tahun negara (B-22) tewas 1-0 sewaktu menentang pasukan tuan rumah, Filipina dalam perlawanan peringkat kumpulan. Perlawanan berkenaan adalah bagi memilih pasukan yang dapat mara ke peringkat separuh akhir Sukan SEA 2019. Walau bagaimanapun, semalam tular satu video di laman Twitter dimana seorang pemain pasukan tuan rumah bersikap kurang ajar ketika bersalaman di akhir perlawanan.

BACA: [VIDEO] Gara-Gara Tiket Berukuran A3, Lelaki Hampir Terlepas Masuk Stadium Bola

Menang lawan Malaysia, celebrate macam menang World Cup

Advertisement

Video tersebut telah pun dimuat naik oleh satu akaun rasmi Kelab Penyokong Bola Sepak Malaysia. Dalam kejadian itu, semua pemain negara sedang beratur untuk bersalaman bersama pasukan lawan sebelum salah seorang daripada mereka melakukan high five tetapi dengan berkasar sehingga menimbulkan rasa tidak selesa. 

Kawan pula tolong minta maaf

Pemain Filipina yang dikenali sebagai Justin Baas itu telah membuat skuad Malaysia berang dengan perlakuan tersebut.  Kejadian yang berlaku hampir menimbulkan pergaduhan sebelum akhirnya ditenangkan pegawai pasukan tuan rumah. Rakan sepasukan lelaki tersebut juga turut dilihat meminta maaf atas perlakuan tidak sopan yang telah dilakukannya. 

Advertisement

Kalau buat dekat skuad senior kita mahu ‘berkicap’ mamat ni

Advertisement

Rata-rata pengguna media sosial dilihat kecewa dengan tingkah laku pemain berkenaan yang seolah-olah memperlehkan pasukan negara. Ramai juga dilihat mengecam perbuatan terbabit yang sudah terang benderang tidak bersikap profesional.  

Sumber: Twitter Harimau Malaya 7

Advertisement

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Apa Komen Anda?