Viral Isu Semasa

Pemandu King Hitam Halang Jalan, Pekak 30 Saat Dihon Bas Rapid Masih Tak Ganjak

Pemandu King Hitam Halang Jalan, Pekak 30 Saat Dihon Bas Rapid Masih Tak Ganjak

Jalan raya utama di ibu kota, Kuala Lmpur sememangnya menjadi sesak teruk lebih-lebih lagi di waktu kemuncak ketika semua orang pergi atau balik kerja. Tidak cukup dengan tekanan terperangkap lama di atas jalan, terkadang sikap pengguna lain yang sangat mementingkan diri cukup menguji kesabaran. Maka tidak hairanlah terkadang ada pertelingkahan berlaku melibatkan kekasaran secara fizikal atau verbal.

BACA : Padah Tayang Barangan Seludup, Semua Rider Bakal Berdepan Sekatan Jalan Raya

Banyak kereta parking dalam petak bas Rapid KL dalam keadaan jalan sesak

Kejadian sama turut berlaku di hentian LRT Wangsa Maju di mana 7 kereta dilihat selamba berhenti dalam petak parking bas Rapid KL. Tindakan selfish terbabit membuatkan sebuah bas yang sudah tiba menghadapi kesukaran bagi menurunkan atau mengambil penumpang di kawasan selamat.

Pemandu King Hitam Halang Jalan, Pekak 30 Saat Dihon Bas Rapid Masih Tak Ganjak

Dia park dekat situ sampai jalan jammed…Bila pentingkan diri sendiri

Lebih bikin panas lagi, sebuah kereta ‘king’ hitam telah menyekat laluan susur keluar yang menjadi satu-satunya tempat terakhir untuk bas Rapid KL berhenti. Meskipun sudah dihon selama lebih kurang 30 saat, pemandunya enggan mengalihkan kenderaan dan terus duduk diam di dalam. Selepas itu, seorang lelaki awam bergegas menyuruhnya beredar dari situ kerana jalan semakin sesak. Namun tuan badan masih berdegil sehingga dihon sekali lagi.

@ohbulanofficial

Dia park situ sampai jem jalan oiiii. #ohbulan #fyp #viral #trending #trendingnewsmalaysia

♬ original sound – Ohbulan – Ohbulan

King bro, king..Hati kental ya…Aku hari tu kena hon sekejap dengan bas Rapid pun dah berderau

Menyaksikan video berdurasi 1 minit lebih itu, kesabaran netizen juga sama-sama teruji. Malahan mereka hairan bagaimanakah pemandu tidak bertimbang rasa itu santai menadah telinga tanpa rasa bersalah.

Pemandu King Hitam Halang Jalan, Pekak 30 Saat Dihon Bas Rapid Masih Tak Ganjak Pemandu King Hitam Halang Jalan, Pekak 30 Saat Dihon Bas Rapid Masih Tak Ganjak

Pemandu King Hitam Halang Jalan, Pekak 30 Saat Dihon Bas Rapid Masih Tak Ganjak

Kredit : TikTok Oh Bulan

🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Pemandu King Hitam Halang Jalan, Pekak 30 Saat Dihon Bas Rapid Masih Tak Ganjak

Facebook

Telegram