Berita mengejutkan dilaporkan daripada Alor Gajah, Melaka difahamkan seorang pengasas pusat perubatan jarak jauh telah ditangkap basah kerana didapati berkesedudukan dengan wanita berusia 40-an. Serbuan terbabit dilakukan oleh pihak (Jabatan Agama Islam Melaka) JAIM sekitar jam 11.30 malam semalam di sebuah rumah teres.
BACA : 20 Hari Ghaib Konon Jin Sorok, Doktor Pakar Malu Ditangkap Basah Dengan Wanita
Pembuang saka terkenal ditangkapa basah dengan janda anak 1
Menurut laporan daripada portal Kosmo, lelaki berusia 60-an terbabit yang terkenal sebagai ‘pembuang saka’ dikatakan gagal menunjukkan dokumen pernikahan yang sah. Ketika dicekup, mereka berdua sempat mengaku sudah berkahwin sekitar tahun 2012 untuk meloloskan diri. Namun hakikatnya, ia hanyalah dakwaan palsu malahan wanita berkenaan (dipercayai pekerjanya sendiri) merupakan pemegang status janda anak satu.

Bila minta dokumen nikah, katanya dah diserahkan kepada pihak lain untuk register padahal dah 10 tahun
Bukan sahaja menipu tentang status hubungan, malah mereka memberikan alasan kononnya sijil nikah itu berada di tangan orang lain (selama 10 tahun) bagi urusan pendaftaran. Hasil soal siasat berjaya merungkai identiti warga emas berkenaan yang rupanya-rupanya berasal dari negara jiran.

Jika ‘menyimpang’, Jawatankuasa Fatwa berhak halang & menasihati pengikutnya
Rentetan daripada isu tangkap basah ini, polis juga meneruskan siasatan lanjut mengenai jenis rawatan membuang saka ‘jarak jauh’ yang ditawarkan lelaki itu. Menurut pandangan yang akan dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa nanti, perkhidmatan terbabit akan dihalang serta merta sekiranya didapati ‘menyimpang’.
Kredit : FB Harian Metro
🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
