Inspirasi Viral

Pemergian Ramai Artis Tahun 2020 Jentik Hati – “Entah Bila Solat Terakhir Kita”

Pemergian Ramai Artis Tahun 2020 Jentik Hati – “Entah Bila Solat Terakhir Kita”

Sharing is caring!

Sejak dahulu lagi, kita sering membayangkan 2020 akan menjadi tahun yang membawa 1001 kebaikan kepada Malaysia. Akan tetapi setelah diimbas kembali, angan-angan itu ibarat lebur menjadi mimpi tambahan pula apabila kita terpalit sama dengan krisis COVID-19 di seluruh dunia. Tidak ketinggalan, peminat dunia hiburan tempatan juga dikejutkan dengan berita pilu mengenai pemergian ramai artis tercinta. Meskipun tidak mengenali secara dekat, kisah mereka semua cukup menjentik hati ramai.

BACA : Foto IG Akhir Berbusana Putih, Netizen Terkedu Komen Yang Sempat Ditulis Sandra

Dijemput dalam tidur…Kita baik orang sayang

Bagi Allahyarham Abam Bocey dan Ashraf Sinclair pula, kisah duka pemergian mereka berdua telah mendapat liputan yang cukup meluas daripada pihak media. Pada tanggal 10 Februari 2020, pelawak berkenaan dijemput Ilahi dalam keadaan tidur pada waktu Subuh. Semenjak itu, satu persatu kebaikan Allahyarham telah terbongkar sehingga meruntun jiwa ramai. Bahkan semua orang begitu terkesan dengan kata-kata mendalam yang selalu disebut Abam iaitu “kita baik orang sayang”.

Pemergian Ramai Artis Tahun 2020 Jentik Hati – “Entah Bila Solat Terakhir Kita”

Pemergian Ramai Artis Tahun 2020 Jentik Hati – “Entah Bila Solat Terakhir Kita”

12 tahun menjalin cinta…BCL tempah liang lahad sebelah Ashraf

Belum habis bersedih dengan kisah Abam, Ashraf Sinclair pula seakan-akan menyusul 8 hari kemudian. 18 Februari menjadi detik penuh duka lebih-lebih lagi buat isteri tercintanya iaitu Bunga Citra Lestari. Terlalu sedih kerana begitu menyayangi lelaki berkenaan selama 12 tahun ini, dia sanggup menempah sebuah liang lahad berharga RM75,000 dengan harapan dapat disemadikan bersebelahan pusara Ashraf kelak.


Pemergian Ramai Artis Tahun 2020 Jentik Hati – “Entah Bila Solat Terakhir Kita”

Pemergian Ramai Artis Tahun 2020 Jentik Hati – “Entah Bila Solat Terakhir Kita”

Baru balik dari China dapatkan rawatan kanser

Bulan berikutnya iaitu pada 18 Mac, penyanyi dan pelakon, Maya Matahari telah kembali bertemu Allah selepas lama bertarung dengan kanser. Sebelum itu, Maya dikatakan baru pulang dari negara China demi menjalani rawatan. Namun, barah berkenaan merebak ke seluruh organ dalaman sehingga menyebabkan dia terlantar sebelum akhirnya menutup mata.

Pemergian Ramai Artis Tahun 2020 Jentik Hati – “Entah Bila Solat Terakhir Kita”


Koma 6 hari sebelum hembus nafas akhir…Gambar terakhir berbaju putih

Terbaru semalam, peminat terus bersedih dengan pemergian penyanyi lagu ‘Hey Kau’ serta peserta ‘Big Stage 2020’ iaitu Sandra Dianne. Terlibat dalam sebuah nahas jalan raya, dia mengalami koma selama 6 hari dan ibunya ada mendedahkan beberapa petanda pelik sebelum kejadian. Salah satunya adalah dia bertanyakan mengenai baju berwarna putih. Tambahan pula, gambar terakhir yang dimuat naik oleh penyanyi ini ke Instagram juga menyaksikan dirinya mengenakan busana putih.

Pemergian Ramai Artis Tahun 2020 Jentik Hati – “Entah Bila Solat Terakhir Kita”

Pemergian Ramai Artis Tahun 2020 Jentik Hati – “Entah Bila Solat Terakhir Kita”

Entah bila solat terakhir kita…Entah bila kita dijemput Ilahi

Nyatanya, pemergian mereka semua cukup membuka mata ramai. Seorang individu juga sempat membuat luahan hatinya di Twitter sehingga meraih lebih 16,000 jumlah retweet. Menghadapi pemergian kawan sepejabat, dia merasakan bahawa setiap hari adalah peluang untuk kita berubah menjadi manusia lebih baik.

Pemergian Ramai Artis Tahun 2020 Jentik Hati – “Entah Bila Solat Terakhir Kita”


Pemergian Ramai Artis Tahun 2020 Jentik Hati – “Entah Bila Solat Terakhir Kita”

Sumber : Twitter hanim

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Facebook

Telegram

Topik Panas Minggu Ini