Pemergian Tragis Adik Juara Mentor 6 Dipercayai Ada Kaitan Dengan Teman Lelaki

Sebelum ini, nama Puteri Caroline pernah mendapat perhatian ramai apabila wanita berusia 28 tahun itu muncul sebagai juara menerusi sebuah program realiti iaitu Mentor musim keenam (Mentor 6). Namun begitu, namanya kembali disebut berhubung penemuan jasad seorang gadis bernama Lady Caccabella Mohammad Kamel yang merupakan adik kepada penyanyi itu. Insiden menyayat hati ini turut dikongsi oleh seorang wartawan bernama Mohd Redzuan Abdul Manap di laman Twitternya.

BACA : Gadis Kongsi Pengalaman Hitam, Boyfriend Sering Naik Tangan Sampai Berbekas

Dijumpai terbaring di katil dengan kesan torehan di perut

Memetik satu kenyataan media dari Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita berhubung insiden tersebut. Pihaknya kemudian bergegas ke lokasi tersebut yang membawa kepada penemuan jasad seorang gadis dalam keadaan terbaring di atas katil dengan beberapa kesan torehan di perut.

Advertisement

Teman lelaki cuba minum cecair pencuci lantai

Susulan itu, pihaknya turut menemui seorang suspek yang juga teman lelaki kepada gadis berkenaan berada di tempat kejadian. Suspek bagaimanapun dibawa ke pusat perubatan berdekatan selepas mengalami sesak nafas akibat cubaan meminum cecair pencuci lantai.

Advertisement

Motif kejadian masih dalam siasatan

Suspek ditahan untuk sisatan lanjut kerana dipercayai mempunyai kaitan berhubung insiden tersebut. Namun begitu, menerusi semakan rekod lampau ke atas lelaki berkenaan mendapati suspek bebas dari pada sebarang rekod jenayah. Dalam pada itu, pihaknya memohon supaya orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian segera tampil menyalurkan maklumat.

Advertisement

Sumber : Twitter Mohd Redzuan Abdul Manap, Berita Harian

Advertisement

Apa Komen Anda?