Mistik Viral

Pemuda Bongkar Misteri Sebalik Banglo & Kereta Mewah Terbiar…

Pemuda Bongkar Misteri Sebalik Banglo & Kereta Mewah Terbiar…

Sharing is caring!

Menjadi kebiasaan rumah banglo terbiar sering dikaitkan dengan alam mistik dan ghaib yang pastinya menimbulkan banyak kisah dari pelbagai sisi. Biarpun sudah bertahun berlalu, lagenda rumah mewah ini tidak pernah berhenti bahkan ia terus tersebar dari mulut ke mulut. Bukan sahaja menjadi bualan di kalangan penduduk Kota Bharu malah beberapa foto memaparkan rumah besar serta beberapa kereta mewah terbiar ini turut tular di media sosial.

BACA : Bilik On call Riuh Macam Pesta Keramaian, Doktor Dedah Kisah Seram Jam 2 Pagi


Misteri nusantara…

Kisah mengenai sebuah rumah agam lama milik seorang ahli perniagaan ini menyimpan seribu satu rahsia serta pernah menimbulkan spekulasi penduduk tempatan. Malah perkongsian daripada sebuah laman Twitter baru-baru ini ternyata menimbulkan lagi tanda tanya netizen berkenaan kisah misteri disebalik kediaman tersebut.

Pemuda Bongkar Misteri Sebalik Banglo & Kereta Mewah Terbiar…

Pemuda Bongkar Misteri Sebalik Banglo & Kereta Mewah Terbiar… Pemuda Bongkar Misteri Sebalik Banglo & Kereta Mewah Terbiar…

Memang kaya ada bisness, tapi tak kekal lama

Salah seorang pengguna Twitter bernama @AhmadQudin tampil menceritakan kisah di sebalik kediaman terbiar yang menjadi misteri ini. Menurut Qudin, rumah ini terletak di Kota Bharu dan pernah didiami oleh sebuah keluarga yang cukup pemurah. Tambahnya, si suami berjaya menubuhkan beberapa jenis perniagaan dan berkembang maju. Namun begitu, lama-kelamaan perniagaan keluarga ini mengalami kerugian sehinggakan mereka ditimpa pelbagai masalah.


Pemuda Bongkar Misteri Sebalik Banglo & Kereta Mewah Terbiar… Pemuda Bongkar Misteri Sebalik Banglo & Kereta Mewah Terbiar…

Pemuda Bongkar Misteri Sebalik Banglo & Kereta Mewah Terbiar… Pemuda Bongkar Misteri Sebalik Banglo & Kereta Mewah Terbiar…

Pergi tanpa sebarang pesanan, hanya bawa pakaian sahaja

Kongsinya lagi, keluarga berkenaan berpindah tanpa sebarang pesanan dan menjadi lebih misteri apabila mereka hanya membawa pakaian semata-mata. Malah segala kelengkapan perabot dan beberapa buah kereta mewah turut ditinggalkan begitu sahaja. Dalam pada itu, lelaki lelaki berusia 29 tahun ini berharap agar tiada pihak berani cuba untuk mencari entiti misteri di rumah usang berkenaan.

Pemuda Bongkar Misteri Sebalik Banglo & Kereta Mewah Terbiar… Pemuda Bongkar Misteri Sebalik Banglo & Kereta Mewah Terbiar…

Pemuda Bongkar Misteri Sebalik Banglo & Kereta Mewah Terbiar…

Sumber : Twitter AhmadQudin, Geng Travel


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!