Mistik

Pemuda Ini Dedah Sebab Makhluk Halus Jelmakan Diri Kepada Orang Tertentu Saja

Pemuda Ini Dedah Sebab Makhluk Halus Jelmakan Diri Kepada Orang Tertentu Saja

Sharing is caring!

Mendengar cerita mengenainya saja mungkin boleh buat kita rasa tak senang duduk dan ketakutan, apalagi sekiranya dapat melihat sendiri kehadiran makhluk ghaib berdekatan dengan kita. Sememangnya kita tidak boleh menafikan kewujudan entiti sebegini kerana ‘mereka’ juga makhluk ciptaan Allah. Walaupun ramai menyatakan tak pernah sekali pun bertemunya, namun begitu terdapat sesetengah orang terpilih yang diberi keistimewaan untuk melihat serta berhubung dengan makhluk-makhluk halus ini.

BACA: “Siapa Letak Benda Alah Tu?” – Lelaki Dedah Kisah Seram Diganggu Kuda Mainan

Jenis mampu menjelma ni biasanya paling kuat 

Menerusi muat naik yang dibuat oleh pengguna Twitter yang dikenali sebagai Khey Amir baru-baru ini, dia ada berkongsikan contoh gangguan yang pernah dialami suatu ketika dahulu. Kata pemuda ini, entiti yang mampu menjelmakan dirinya dalam bentuk fizikal sebegini dipercayai antara yang terkuat dalam golongan mereka. Makhluk ghaib tersebut akan sedaya upaya mendapatkan perhatian sekali gus menakutkan sasaran mereka.

Rupa mengerikan….kulit putih & mata kemerah-merahan


Berdasarkan pengalaman yang pernah dilaluinya, Khey Amir mendedahkan bahawa makhluk sebegini mempunyai ciri yang memang sangat menakutkan. Akibat daripada melihatnya sahaja, dikatakan mampu buat orang biasa terus pengsan atau terkena kerasukan akibat tahap mengejut yang terlampau tinggi. 

Pemuda Ini Dedah Sebab Makhluk Halus Jelmakan Diri Kepada Orang Tertentu Saja

Pemuda Ini Dedah Sebab Makhluk Halus Jelmakan Diri Kepada Orang Tertentu Saja

Jenis jin yang kuat… tapi kita sebenarnya lebih kuat berbanding dia

Menurut maklumat yang pernah diberitahu oleh pakar dalam mengubat perkara-perkara mistik sebegini, lelaki ini menerangkan bahawa jin seperti ini berani munculkan diri mereka untuk menguji keimanan sesetengah manusia. Akan tetapi, kita sebenarnya lebih hebat daripada mereka jika memiliki tahap iman yang kukuh dan sering bergantung harap pada yang Maha Esa. Malah Khey Amir turut berkongsi bahawa orang yang diberi ‘anugerah’ ini bukanlah seteruk yang disangka. Cuma mereka akan sentiasa berhati-hati dengan keadaan sekeliling memandangkan kelebihan itu boleh jadi serampang dua mata kepada pemiliknya.


Pemuda Ini Dedah Sebab Makhluk Halus Jelmakan Diri Kepada Orang Tertentu Saja

Pemuda Ini Dedah Sebab Makhluk Halus Jelmakan Diri Kepada Orang Tertentu Saja

Pemuda Ini Dedah Sebab Makhluk Halus Jelmakan Diri Kepada Orang Tertentu Saja
Gambar sekadar hiasan

Sumber: Twitter Thehulkey


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!