Viral Artis Hiburan

Pemuda Naik Pentas Nyanyi Lagu Kembara, Baru 1 Saat Datuk M. Nasir Terus Gelak

Pemuda Naik Pentas Nyanyi Lagu Kembara, Baru 1 Saat Datuk M. Nasir Terus Gelak

Lagu ‘Mentera Semerah Padi’ nyanyian Datuk M. Nasir nampaknya menjadi trending sejak bulan lalu lantaran tayangan filem ‘Mat Kilau’. Bersama jemputan ke rancangan ‘MeleTOP’ semalam, penyanyi lagenda ini berkongsikan rasa gembira kerana lagu yang dicipta pada tahun 1994 itu nampaknya masih relevan dan boleh diterima rakyat Malaysia hingga sekarang.

BACA : Wey Gempak Wey Lihat Fattah Amin Silat Masa Shooting, Johan Asari Terpegun 

Kita ada masa lagi ke? Itu bukan ‘Kembara’….Itu ‘Hati Emas'(minit 2:17)

Dalam masa yang sama, Nabil Ahmad sempat mencabar penonton menyanyikan sebuah lagu daripada album Kembara. Bakal memenangi tiket konsert secara percuma, seorang pemuda terus bangkit menawarkan diri lalu naik ke atas pentas dengan penuh berani kononnya mahu mempersembahkan lagu berjudul ‘Kembara’. Pun begitu, rupanya dia tersalah tajuk lagu membuatkan Datuk M. Nasir gagal menahan ketawa di acara live tersebut.

Pemuda Naik Pentas Nyanyi Lagu Kembara, Baru 1 Saat Datuk M. Nasir Terus Gelak

Cuba tanya Nabil…Engkau yang buat soalan ni kan…Apa lagu dalam ‘Kembara’ yang awak tahu? (minit 3:25)

Beralih kepada percubaan daripada lelaki kedua, Datuk M. Nasir terus tergelak lagi walhal nyanyian belum dimulakan langsung. Selepas mendengar dendangan lagu ‘Apokalips’ tersebut, tiba-tiba beliau mengalihkan soalan kepada Nabil pula. Nampaknya pengacara itu sedikit gugup kerana menghadapi salah faham terhadap persoalan yang diajukan sebentar tadi.

Pemuda Naik Pentas Nyanyi Lagu Kembara, Baru 1 Saat Datuk M. Nasir Terus Gelak

Sila nyanyikan sedikit…Cantik kita dah ada pemenang (minit 5:42)

Mujur sahaja dengan bantuan penonton lain, Nabil mampu menjawab soalan Datuk M. Nasir. Akhirnya tiba di percubaan ketiga, seorang wanita berjaya memenangi tiket percuma tersebut sekali gus mendapat tepukan penuh di studio.

Kredit : YouTube MeleTOP

🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Pemuda Naik Pentas Nyanyi Lagu Kembara, Baru 1 Saat Datuk M. Nasir Terus Gelak

Facebook

Telegram

Kasut