Penampilan Ikut Sedap Rasa, Guru Luah Kesal Tengok Imej Cikgu Suraya

Tidak dinafikan guru merupakan insan terpenting dalam dunia pendidikan. Malah menjadi guru yang bersahsiah tinggi amat penting dalam pendidikan masa kini. Hal ini kerana, guru bertindak sebagai role model dalam menunjukkan sahsiah yang baik terhadap para murid. Perkara ini bukan saja tertakluk kepada akademik semata-mata, namun merangkumi kesemua aspek dalam kehidupan termasuklah etika penampilan.

BACA : Jadikan Anak Tu Tuan, Mak Jadi Hamba-Cikgu Tegur Sikap Ibu Bapa

Tak minta disanjung, tapi jangan jatuhkan profesion perguruan

Menerusi satu posting oleh pengguna Facebook yang dikenali sebagai Puan Kem, guru ini berpendapat bahawa imej yang ditampilkan oleh pelakon wanita dalam sebuah karya terbaru sama sekali tidak melambangkan profesion sebenar guru. Walaupun hanya sekadar memberi bayangan awal mengenai ‘buah tangan’ daripada penerbit terkenal David Teo, namun ujarnya ia seolah-olah keterlaluan.

Advertisement

Bukan main ikut sedap rasa

Malah, beliau juga sempat membandingkan kualiti filem perguruan luar negara yang mendapat sambutan seluruh dunia tanpa memperkecilkan profesion seorang guru. Di samping itu, beliau turut meluahkan rasa terkilan akan sikap tidak bertanggungjawab sesetengah individu dalam merendah-rendahkan martabat seorang pendidik.

Advertisement


Advertisement

Jangan nilai martabat seorang pendidik macam tu

Dalam pada itu, perkongsian tersebut dihujani dengan pelbagai reaksi dari netizen. Di mana rata-rata mereka menyifatkan ia keterlaluan selain mampu memberi kesan kepada pemikiran murid-murid. Sebelum ini, cerpen ‘panas’ berjudul Cikgu Suraya pernah menjadi bualan ramai dan mencetuskan kontroversi apabila ia disifatkan mencemarkan hubungan antara cikgu dan anak murid.

Advertisement

Sumber : Facebook Puan Kem

Apa Komen Anda?