Penangan 12.12, Pening Nubhan Layan Kerenah Isteri Shopping Disuruh Istighfar

Pada tanggal 12.12 semalam, banyak laman web atas talian dilihat melakukan promosi secara besar-besaran. Sepanjang hari berkenaan, ramai pembeli terutamanya golongan wanita begitu teruja dengan perkara tersebut termasuklah isteri kepada bekas peserta rancangan realiti TV, Akademi Fantasia 6 iaitu Nubhan Ahmad. Wanita itu juga turut tidak ketinggalan melepaskan peluang tersebut sebelum ditegur oleh suaminya.

BACA: Sering On Time Tak Culas Beri Nafkah Isteri, Rezeki Suami Masuk Tak Putus

“12.12 you tutup mata, istighfar banyak banyak”

Advertisement

Semalam, Nubhan menerusi akaun Instagram miliknya telah berkongsi satu video yang memaparkan perbualannya bersama si isteri ketika berada di dalam kereta. Menerusi rakaman tersebut, penyanyi berkenaan dilihat menasihati isterinya iaitu Dr Afifah untuk tidak ‘terjebak’ membeli-belah sempena promosi hebat itu. Bukan itu sahaja, dia sempat meminta isterinya untuk memperbanyakkan istighfar. Walau bagaimanapun, wanita itu tak kurang hebatnya memberikan alasan semula kononnya aktiviti shopping itu akan menambahkan lagi pahala serta membuka ruang rezeki kepada suami. 

View this post on Instagram

Advertisement

Dengarlah nasihat saya…😇tolonglah ustaz @ebitlew ceramahkan sikit isteri saya ni #1212Allahu @drfie_fierce

A post shared by NUBHAN AHAMAD (@nubhan.ahamad) on

Advertisement

Si isteri meminta suaminya untuk redha sahaja

Bagi menyangkal dakwaan suaminya yang mengatakan aktiviti membeli belah itu membazir, dia menegaskan hanya mahu merebut peluang membeli pampers bayi dengan harga yang jauh lebih murah. Enggan mengalah dengan kenyataan berkenaan, Nubhan sempat berseloroh untuk memakaikan anak mereka dengan kain lampin supaya dapat berjimat cermat sambil diselangi ketawa isterinya. Di akhir perkongsian berkenaan, wanita itu menyuruh para suami reda sekiranya si isteri sakan membeli belah.

Advertisement

Sumber: Instagram Nubhan Ahmad  

 

Advertisement

Apa Komen Anda?