Tips Kesihatan

Penangan Juadah Raya Puding Buih, Ramai Keracunan Sebab Guna Telur Mentah

Penangan Juadah Raya Puding Buih, Ramai Keracunan Sebab Guna Telur Mentah

Sharing is caring!

Baru-baru ini, dikhabarkan 100 orang terpaksa dikejarkan ke pusat kesihatan akibat keracunan makanan. Hal tersebut berpunca selepas mereka menikmati juadah raya puding buih yang semakin diminati ramai. Malah dikhabarkan juga ada yang terpaksa ditahan dalam pusat rawatan rapi (ICU) akibat isu yang sama.

BACA: Disangka Kena Keracunan Makanan, Ardell Kongsi Moment Disahkan Mengandung

Cara buat guna bahan tak masak…kuman sudah bercampur

Menerusi perkongsian di Facebook, Dr. Rusyainie Ramli telah menerangkan beberapa faktor terjadinya keracunan pada makanan tersebut. Meskipun pemanis mulut itu kelihatan cantik apabila sudah sedia untuk dihidang, tetapi masih ramai kurang peka dengan cara penghasilannya yang mungkin boleh memudaratkan sesiapa saja.


Penangan Juadah Raya Puding Buih, Ramai Keracunan Sebab Guna Telur Mentah

Penangan Juadah Raya Puding Buih, Ramai Keracunan Sebab Guna Telur Mentah
Gambar sekadar hiasan

Guna cara yang betul elak bakteria Salmonella

Menurut beliau, telur mentah yang tidak dimasak dengan sempurna boleh menyebabkan seseorang dijangkiti bakteria Salmonella. Pembiakan bakteria boleh berlaku jika ayam betina tersebut telah dijangkiti terlebih dahulu sebelum menghasilkan telur. Antara kaedah yang paling berkesan untuk memastikan telur tersebut selamat dimakan adalah memasaknya pada suhu sekurang-kurangnya 71 darjah celsius.

Penangan Juadah Raya Puding Buih, Ramai Keracunan Sebab Guna Telur Mentah

Penangan Juadah Raya Puding Buih, Ramai Keracunan Sebab Guna Telur Mentah


Penangan Juadah Raya Puding Buih, Ramai Keracunan Sebab Guna Telur Mentah
Gambar sekadar hiasan

Simptom keracunan makanan

Kata Dr. Rusyainie lagi, gejala yang dapat dipastikan apabila individu tersebut telah mengalami keracunan adalah cirit-birit serta muntah yang berlarutan. Malah golongan yang berisiko juga termasuklah kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah serta ibu mengandung.

Penangan Juadah Raya Puding Buih, Ramai Keracunan Sebab Guna Telur Mentah Penangan Juadah Raya Puding Buih, Ramai Keracunan Sebab Guna Telur Mentah

Penangan Juadah Raya Puding Buih, Ramai Keracunan Sebab Guna Telur Mentah
Gambar sekadar hiasan

Sumber: Facebook Rusyainie Ramli


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!