Sebelum ini, pernah tular sebuah video di laman TikTok memaparkan seorang lelaki yang mencari kembar adiknya yang bernama Muhammad Haziq selepas terpisah sejak dilahirkan. Perkara itu mula tercetus selepas Allahyarhamah ibu telah memberikan amanah untuk menjejakinya. Berdasarkan hantaran milik deadly.heart33, dia berharap dengan kuasa TikTok mampu mengumpulkan mereka kembali.
BACA: Siapa Bapanya? Ibu Terkedu Anak Depan Mata, Bertemu Lepas 16 Tahun Terpisah
@deadly.heart33 Arwah pernah bgitahu dia mungkin di Pahang sekarang ni🙏🏻. Klau ada yg kenal tlg contact saya #fyp
Korang pernah tengok tak video ni? individu yang dia cari tu sebenarnya adik angkat saya
Selepas hampir setahun berlalu, siapa sangka akhirnya individu yang dimaksudkan berjaya ditemui. Menerusi perkongsian baemahmad_, dia difahamkan baru menyedari akan video tersebut selain mendedahkan bahawa kembar yang dicari itu sedang berada di bawah jagaan keluarganya. Tanpa berlengah masa, dia yang menetap di Kuala Kangsar mengambil keputusan untuk menghantar adik angkatnya kembali ke pangkuan keluarga sebenar.
@baemahmad_ kembar yg terpisah sejak umur 3hari selama 16tahun 🥲🥲 #fy #fyp
Happy je tengok diorang walaupun masih malu-malu lagi…sama kan muka mereka
Sesudah tiba di destinasi, alangkah bahagianya selepas Haziq dapat juga bertemu semula dengan adik-beradik termasuklah pasangan kembarnya. Lebih mengharukan, mereka berdua dilihat saling berdakap sambil mengalirkan air mata. Mana tidaknya, perasaan rindu pasti tercetus memandangkan telah terpisah sejak berusia 3 hari. Biarpun reda tidak dapat berjumpa dengan ibu kandung, sekurang-kurangnya 4 beradik itu dapat bersatu kembali.
@baemahmad_ #part2 stanby tisuu siap siap bagi yg tak kuat 😄😇 #foryou #fyp #fypシ
Tanpa sedar laju je air mata ni turun…Alhamdulilah, tercapai juga hasrat mak dia
Meninjau pada ruangan komen, rata-rata netizen turut ikut sebak melihat kegembiraan adik-beradik itu selepas dapat dipertemukan kembali. Malah, mereka juga sempat menitipkan doa agar keluarga tersebut akan kekal bahagia hingga akhir hayat.
Kredit: TikTok baemahmad_ & deadly.heart33
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
