Penantian 15 Tahun Berakhir, Faizal Hussein Gondol Pelakon Lelaki Terbaik Drama

Majlis penuh berprestij dan hebat, Anugerah Skrin 2019 yang berlangsung semalam telah menyaksikan kemenangan penggiat-penggiat seni tanah air. Buat julung kalinya, hampir kesemua anugerah berjaya dirangkul oleh pelakon-pelakon ‘otai’ tanah air yang sangat berbakat. Antara yang paling mendapat perhatian adalah pemenang bagi Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Drama ASK 2019, Faizal Hussein menerusi drama ‘Samad Tedung’. 

BACA:  Halalkan Makan Minum Ayah-Anak Pitt Hanif Naik Pentas Bikin Sebak Rakan Artis

Saya pernah menang anugerah ni pada 2004 tapi saya tak ada malam tu

Pelakon yang sangat popular dengan filem ‘Gila-Gila Remaja’ itu meluahkan rasa syukur kerana akhirnya berjaya menggondol anugerah tersebut sekali lagi. Sebelum ini, dia pernah menerima anugerah yang sama pada tahun 2004 namun tidak hadir pada majlis itu kerana tidak tahu dirinya tercalon. Kini setelah 15 tahun, dia dapat naik kembali ke pentas untuk menerima penghargaan berkenaan bersama-sama anaknya. 

Drama yang berunsurkan pengajaran buat masyarakat

Drama ‘Samad Tedung’ yang dibintangi pelakon ini mengisahkan tentang seorang lelaki sombong dek kerana harta yang diwarisi sehingga dipulaukan oleh orang kampung dan juga keluarga. Antara pelakon lain yang bersama-sama menghiasi drama tersebut adalah Sweet Qismina, Amar Asyraf serta Watie Sadali. 

Pemenang-pemenang anugerah semua berbisa

Dalam anugerah tersebut, antara pelakon otai lain yang turut menang adalah Amyza Adnan yang merangkul Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama menerusi drama ‘Batik Zakiah’ serta Nabila Huda yang meraih Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Drama menerusi drama ‘Dia Tidak Berdosa’. 

Sumber: Youtube TV9 Official dan Berita Harian

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Apa Komen Anda?