Penantian 4 Tahun Berakhir, Aeril & Wawa Selamat Timang Cahaya Mata Ke-3

Sejak mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 yang lalu, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal telah dikurniakan dua orang anak iaitu Ahmad Fakharuddin Attar dan Hayla. Namun hari ini, keluarga mereka telah menerima ahli terbaru apabila Wawa selamat melahirkan seorang bayi anak perempuan sebentar tadi.  Detik tersebut sememangnya amat bermakna bagi keluarga selebriti ini gara-gara telah menantikan selama 4 tahun untuk zuriat terbaru sejak mengumumkan kehamilan sekitar bulan April lalu.

BACA: “Aeril Excited Macam Anak Sulung” – Lepas 4 Tahun, Wawa Zainal Sah Hamil Lagi

Alhamdulillah…muka sebijik Wawa

Advertisement

Menerusi perkongsian terbaru di laman Instagram milik aktor drama ‘Cari Aku Di Syurga’ ini, dia berkongsi wajah Wawa Zainal sambil mendakap bayi yang baru lahir tersebut. Dalam masa yang sama, dirinya turut mengucapkan tanda penghargaan atas doa orang ramai yang turut memudahkan proses kelahiran pada 1 Disember ini.

View this post on Instagram

Advertisement

Alhamdulillah….. terima kasih semua atas doanya.. muka dia sebijik macam @w4w4_zainal . @ayyasoffya #wawabundleofjoy

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel) on

Advertisement

Nama baby Aya Soffya

Advertisement

Terdahulu, Aeril juga ada memuat naik video pendek yang memaparkan perjalanan isterinya yang sedang dibawa ke bilik bersalin sekitar tengah hari tadi. Pada minggu sebelumnya pula, mereka telah memaklumkan untuk memberi nama Aya Soffya kepada bayi tersebut dalam sebuah majlis memperkenalkan jantina bayi. Nama itu dipilih ketika berkunjung ke Turki baru-baru ini.

View this post on Instagram

Advertisement

Insyallah harini baby keluar. Mohon doa dari semua segalanya dipermudahkan…. #wawabundleofjoy

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel) on

Advertisement

Sumber: IG w4w4_zainal & aeril_zafrel

Advertisement

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Apa Komen Anda?