Hiburan

Penat Hadap Dugaan Perkahwinan, Helmi & Sofi Teruja Bakal Timang Cahaya Mata

Penat Hadap Dugaan Perkahwinan, Helmi & Sofi Teruja Bakal Timang Cahaya Mata

Drama adaptasi novel ‘7 Hari Mencintaiku 2’ arahan Jamal Khan akhirnya melabuhkan tirai semalam. Sepanjang 33 episod, ia telah mencetuskan fenomena luar biasa apabila berjaya mengusik emosi dalam kalangan penonton sama ada kanak-kanak mahupun dewasa. Menerusi drama tersebut, antara watak yang sering mencuri tumpuan adalah Sofi dan Helmi.


BACA: Isteri Derita Perkahwinan Toksik, Suami Jadikan Seperti Orang Gaji Tak Berbayar

“Kau nak aku bagi isyarat macam mana? Sorry Fi..”

Bagi penonton yang mengikuti drama ini pasti mengetahui bahawa Sofi awalnya tak boleh mengandung. Namun menerusi salah satu babak dalam episod akhir semalam, Sofi dilihat bertemu dengan Mia Adriana untuk bertanyakan status tentang pregnancy test yang dibawa dalam kotak kecil. Walau bagaimanapun, isteri Khuzairi itu dilihat memohon maaf kepada kawannya pula.

“Kalau Fi minum air akar kayu 5 cawan, abang minum sebaldi”

Walau bagaimanapun, akhirnya Sofi mengetahui bahawa dirinya sudah ‘berbadan dua’ selepas ternampak sendiri alat test kehamilan menunjukkan respons positif. Dia yang seakan-akan teruja cuba memberikan clue kepada suaminya. Tetapi,  Helmi dilihat tidak dapat ‘menangkap’ maksud yang disampaikan isteri dan keluarganya sehinggalah ‘dikantoikan’ sendiri oleh Mia Adriana.


Lakonan bersahaja dan natural…Rasa nak sebak pula

Rata-rata netizen turut berasa kagum melihat gandingan lakonan Syazwan Zulkifli serta Wan Sharmila yang berjaya ‘menghidupkan’ watak. Mereka turut mengatakan scene episod akhir itu penuh dengan babak yang sedih.


Penat Hadap Dugaan Perkahwinan, Helmi & Sofi Teruja Bakal Timang Cahaya Mata

Penat Hadap Dugaan Perkahwinan, Helmi & Sofi Teruja Bakal Timang Cahaya Mata

Penat Hadap Dugaan Perkahwinan, Helmi & Sofi Teruja Bakal Timang Cahaya Mata

Penat Hadap Dugaan Perkahwinan, Helmi & Sofi Teruja Bakal Timang Cahaya Mata

Sumber: Youtube Info Baru Tahu – myJCN tv, Instagram lala.wansharmila, dramasangat, _7harimencintaiku2

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Penat Hadap Dugaan Perkahwinan, Helmi & Sofi Teruja Bakal Timang Cahaya Mata

Facebook

Telegram