Family Kehidupan

Penat Jadi Bibik Waktu PKP, Suami Akui Isteri Frontliner Sejati Di Rumah

Penat Jadi Bibik Waktu PKP, Suami Akui Isteri Frontliner Sejati Di Rumah

Sharing is caring!

Umum mengetahui bahawa setiap rakyat Malaysia diperuntukkan untuk duduk di dalam rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Namun siapa sangka antara hikmah daripada pelaksanaan itu beban para isteri dalam menguruskan rumah tangga saban hari telah ringan sedikit apabila turut dibantu suami masing-masing yang tak keluar bekerja.

BACA: [VIDEO] Pelawat Tetap Berdegil, Ceramah Pak Guard Ini Bagi Memang Win Habis

Suami mengemas macam ‘bibik’…hati dah mula rasa tercabar

Itulah antara pemerhatian yang berjaya diperoleh pengguna Facebook bernama Mohd Fhais ini sepanjang PKP berlangsung. Menurutnya, semua tugasan di rumah telah bertukar tangan apabila isterinya dibenarkan untuk keluar bekerja. Walaupun tanggungjawab itu sememangnya menjadi salah satu tugas yang perlu dipikul oleh suami, dia akui mula rasa tercabar apabila melakukan tugasan tersebut.

Penat Jadi Bibik Waktu PKP, Suami Akui Isteri Frontliner Sejati Di Rumah


Penat Jadi Bibik Waktu PKP, Suami Akui Isteri Frontliner Sejati Di Rumah

Diri sendiri tak ada masa…tiada istilah cuti

Apabila tugas tersebut menjadi rutin hariannya, Fhais rasa tertekan kerana tidak mempunyai masa untuk diri sendiri. Kesibukan yang dialami menghalangnya untuk merasakan nikmat ‘bercuti’ di rumah. Malah dia juga sering ternanti-nanti kepulangan isterinya untuk menyerahkan kembali tugasan tersebut.

Penat Jadi Bibik Waktu PKP, Suami Akui Isteri Frontliner Sejati Di Rumah

Penat Jadi Bibik Waktu PKP, Suami Akui Isteri Frontliner Sejati Di Rumah


Isteri frontliner sejati…kesabaran sangat tinggi

Di hujung posting terbabit, Fhais mulai sedar pengorbanan isterinya selama ini cukup hebat malah boleh dikatakan setaraf frontliners Malaysia saat ini. Justeru, dia berharap para suami di luar sana supaya menghargai jasa teman hidup mereka kerana apa sahaja pekerjaan yang dilakakukan semuanya untuk keluarga tercinta.

Penat Jadi Bibik Waktu PKP, Suami Akui Isteri Frontliner Sejati Di Rumah

Penat Jadi Bibik Waktu PKP, Suami Akui Isteri Frontliner Sejati Di Rumah

Sumber: Facebook Mohd Fhais 


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Penat Jadi Bibik Waktu PKP, Suami Akui Isteri Frontliner Sejati Di Rumah

Sharing is caring!