Viral Inspirasi Kehidupan Keibubapaan

Penat Kejar Tiba-Tiba Adam Masuk Kolam Ikan – “Dapat Jiran Baik Beri Kekuatan”

Penat Kejar Tiba-Tiba Adam Masuk Kolam Ikan – “Dapat Jiran Baik Beri Kekuatan”

4 bulan mencari rumah sewa yang bersesuai selepas jiran lama mengadu Adam membuat bising, akhirnya keluarga Iman Wan Tuck Meng berjaya menemukan ‘mahligai’ baru. Beberapa hari lalu, mereka ada berkongsi perkembangan terbaru menyatakan remaja berusia 20 tahun ini nampaknya suka dengan tempat tinggal berkenaan.

BACA : 4 Bulan Cari Rumah Lain Asbab Jiran Mengadu Bising, Adam Suka Masuk Rumah Baru

Penat Kejar Tiba-Tiba Adam Masuk Kolam Ikan – “Dapat Jiran Baik Beri Kekuatan”

Penat Kejar Tiba-Tiba Adam Masuk Kolam Ikan – “Dapat Jiran Baik Beri Kekuatan”

Adam bangun lambat & dia nampak ‘keliru’ sebab ruang tamu kosong…Selalunya dia akan santai di sofa coklat

Kini dalam proses menyusun atur semula segala barang-barang penting di dalam rumah, rupanya Adam masih belum dapat beradaptasi sepenuhnya dengan suasana baru. Tambahan pula di rumah sewa lama sebelum ini, setiap pagi dia akan bersantai di atas sofa coklat yang terletak di ruang tamu. Kini perabot itu sudah tiada lagi, namun keadaan dilihat masih terkawal dengan harapan semuanya akan baik-baik saja selepas ini.

Kejar Adam pagi-malam benda normal…Kejiranan yang baik & memahami secara tak langsung beri kita kekuatan

Sementara itu, Instagram keluarga berkenaan sempat memuat naik semula kenangan lama memaparkan realiti sebenar menguruskan Adam. Sedang lari berkejar-kejaran, tiba-tiba saja pemuda istimewa ini melompat ke dalam kolam ikan berair cetek di sebelah kanannya tanpa sempat dihalang. Mujur sahaja ketika itu mereka tinggal di sebuah kawasan perumahan dikelilingi jiran yang baik dan memahami. Oleh itu, ‘pemandangan’ mengejar Adam tanpa mengira siang atau malam diibaratkan sebagai bukan lagi benda pelik.

MasyaAllah kita tengok pun terasa penat…Baru nak cakap bagusnya dia tak lompat, eh tau-tau mak menjerit aiii aiii

Melalui ruangan komen, ramai yang memberikan kata-kata penguat agar keluarga ini terus cekal menjaga Adam di masa hadapan. Malahan, ada juga yang tampil berkongsikan kisah mereka tinggal di sebelah jiran mempunyai anak istimewa.

Penat Kejar Tiba-Tiba Adam Masuk Kolam Ikan – “Dapat Jiran Baik Beri Kekuatan”

Penat Kejar Tiba-Tiba Adam Masuk Kolam Ikan – “Dapat Jiran Baik Beri Kekuatan”

Penat Kejar Tiba-Tiba Adam Masuk Kolam Ikan – “Dapat Jiran Baik Beri Kekuatan”

Kredit : Instagram Adam Autisme Family

🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Penat Kejar Tiba-Tiba Adam Masuk Kolam Ikan – “Dapat Jiran Baik Beri Kekuatan”

Facebook

Telegram

Kasut