Keterujaan sekumpulan pemancing untuk turun ke laut akhirnya bertukar tragedi apabila bot yang dinaiki mereka terbalik dibadai ribut dan ombak besar di kawasan perairan berhampiran Kuala Kemasin, Bachok. Dalam kejadian kira-kira 8.30 malam tadi, seramai 12 individu dilaporkan selamat, 5 pula ditemui tidak bernyawa manakala 3 lagi masih belum ditemui.
BACA : Baru Habis Pantang, Isteri ‘Terduduk’ Menangis Lepas Suami Kantoi Positif Syabu
Saya dah merayu kepadanya untuk tidak ke laut, tapi dia tetap berkeras..
Menerusi laporan Bernama, Rosmaliza Rosdin mendedahkan suaminya iaitu Mohd Syafizan Daud sempat menghantar pesanan ringkas kepada sekitar jam 7.35 petang semalam. Menurut wanita berusia 42 tahun itu, Allahyarham memaklumkan akan bertolak pulang awal pagi ini (30 Jun) dan dijangkakan tiba di rumah sekitar tengah hari. Namun, dia akhirnya dikejutkan dengan berita pemergian tersebut menerusi status kenalannya.

Sejak beberapa hari lepas saya sering kali rasa berdebar-debar…
Dalam pada itu, jururawat wanita berkenaan mengakui tidak menyangka debaran dialami sejak beberapa hari lalu seakan menjadi petanda awal kepada kehilangan berkenaan. Meskipun perit untuk menelan hakikat pemergian suami tercinta, namun Rosmaliza reda menerima ketentuan itu.
Sebelum turun ke laut, 2 kali Allahyarham berpusing balik ke rumah sebab tertinggal barang..
Sementara itu, adik kepada Allahyarham memaklumkan abangnya begitu teruja untuk keluarga memancing bersama rakan-rakan yang lain selepas sekian lama dipendam. Namun tiada sebarang perilaku aneh yang ditunjukkan Allahyarham, selain hanya berpusing balik ke rumah sebanyak dua kali gara-gara tertinggal barang.
Sumber : Bernama
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura