Pencemaran Pasir Gudang Belum Ragut Nyawa, Wanita Maut Akibat Masalah Jantung

Sejak semalam, tular tentang kisah seorang wanita dari Pasir Gudang yang kehilangan nyawa dipercayai ada kaitan dengan pencemaran di daerah tersebut. Memetik laporan daripada Astro Awani, Marini Kasman, dilaporkan telah mendapat rawatan di HospitaI SuItan Ismail selepas mengalami masalah pernafasan, demam, serta batuk selama 3 hari selain bengkak di bahagian kakinya. Bagaimanapun dia telah menghembuskan nafas terakhir pada Sabtu.

BACA: [VIDEO] Bapa Luah Kecewa Anak Hidap Masalah Saraf Akibat Tragedi Sungai Kim Kim

Terbaru, Kementerlan Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi kenyataan media telah memaklumkan bahawa insiden tersebut bukan berpunca daripada masalah pencemaran seperti yang diperkatakan ramai. Sebaliknya peniaga minuman tersebut menghidap masalah jantung. Dalam pada itu, rekod pemeriksaan turut mendapati yang wanita berusia 38 tahun itu langsung tidak pernah mendapatkan rawatan semasa tercetusnya tragedi di Sungai Kim Kim. KKM turut mengucapkan tanda takziah ke atas keluarga Marini atas pemergian tersebut.

Sumber: Facebook KKM, Bernama & Astro Awani

Apa Komen Anda?