Penemuan Pusara Misteri Tertanam Belakang Rumah, Akhirnya Segalanya Terungkai

Seperti dalam filem seram, begitulah persekitaran rumah sebuah keluarga ini. Lengkap berbatu nisan, dua pusara misteri ini sering menjadi tanda tanya penduduk sekitar kawasan perumahan di Taman Sri Impian, Kluang. Perkara yang dianggap misteri itu menjadi tular di laman sosial selepas dimuat naik oleh seorang pemuda bernama Azrul Nizam menerusi satu posting di Facebooknya.

BACA : Tinggalkan Nota Minta Uruskan Rangka Reput, Lelaki Bongkar Kisah Misteri

Penemuan dua pusara misteri di belakang rumah

Penularan berita tersebut sekali gus mendapat perhatian pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan lanjut mengenainya. Memetik laporan daripada Harian Metro, Ketua Polis Daerah Kluang memaklumkan hasil siasatan yang dilakukan pihaknya mendapati penghuni rumah berkenaan bersama keluarganya membina pusara tersebut sebagai tanda peringatan kepada diri mereka.

Advertisement

Kredit Foto : Harian Metro

Sekadar replika sebagai tanda ingatan

Sementara itu, pemilik kediaman tersebut yang dikenali sebagai Zul menegaskan bahawa kedua-dua replika pusara itu tidak mempunyai unsur khurafat. Ia dibina di belakang rumah sebagai tanda peringatan kepada dirinya sekeluarga tentang ajal. Malah lelaki berusia 36 tahun itu berkata, dia tidak menyangka replika tersebut telah menimbulkan pandangan negatif orang ramai terhadap keluarganya.

Advertisement
Gambar Sekadar Hiasan

Tiada sebarang objek tertanam

Selain itu, hasil siasatan mendapati tiada sebarang objek atau rangka manusia yang tertanam di dalam pusara tersebut. Malah setelah berpuas hati dengan keterangan yang diberikan oleh lelaki berkenaan, pihak berkuasa menggesa agar replika tersebut dibuang dan tanahnya diratakan semula.

Kredit Foto : Harian Metro

Sumber : Facebook Azrul Nizam, Harian Metro

Advertisement

Apa Komen Anda?