Sering kali kita lihat individu kuat melatah ini galak diusik orang sekeliling. Walaupun zahirnya nampak menghiburkan, ternyata golongan ini akan berasa penat sesudah itu. Mereka dikatakan tidak menyedari bahawa tindakan spontan tersebut turut mengejutkan atau merisikokan orang sekeliling sama seperti satu kisah di bawah.
BACA:Â Sanding 12 Tengah Hari, Suami Panik Terpisah Dengan Isteri Di Lautan Banjir
Pecah record pengantin lari time bergambar…Mama melatah tengok lampu kamera
Sebuah perkongsian menerusi akaun TikTok babyisyhx._ tular selepas dia berkongsi video si ibu melatah pada hari pernikahannya. Sebaik sahaja majlis ijab qabul dijalankan, mereka berkumpul untuk bergambar bersama pasangan mempelai. Namun tak disangka, wanita berbaju kelabu itu tiba-tiba melatah lalu menerkam pengantin lelaki dipercayai akibat terkejut dengan lampu flash dari kamera.
Jawatan Kosong: Penulis Di Laman Portal Kisah Dunia (Work From Home)
@babyisyhx._ pecah record pengantin lari time bergambar sbb mama melatah tgk lampu camera🤣 #fyp #lawaktiktok #wedding #esekelii
Mak kau melatah? Tak? Ermmmm lemah
Dalam video lain semasa hari persandingannya pula, pengantin lelaki dilihat sempat mengusik wanita tersebut sehingga dia terkejut dan melatah. Kali ini tindakan si ibu itu lebih ekstrem apabila pipi pengantin perempuan hampir ‘dilibas’ dengan tangannya.
@babyisyhx._ mak kau latah tak ? tak ? em lemah🤣 #fyp #weddingtiktok #siblingcheck #foruyoupage #fypシ゚viral #videoviralitiktok #tiktok
♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey
Anak dia awal dah stand by nak lari…Dia tahu mak dia melatah tengok flash
Sejak dikongsikan semalam, video berkenaan telah meraih 1.2 juta jumlah tontonan. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat mak cik tersebut. Dalam masa yang sama, mereka juga kasihan melihatnya penat melatah.
Kredit: TikTok babyisyhx._
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura