Hiburan

[VIDEO] Terlibat Penggambaran Di Scotland, Ashraf Muslim Sah Positif COVID-19

[VIDEO] Terlibat Penggambaran Di Scotland, Ashraf Muslim Sah Positif COVID-19

Sharing is caring!

Umum mengetahui bahawa semua kru produksi dan pelakon yang menjalani penggambaran di Inverness, Scotl4nd telah dinasihatkan untuk membuat saringan kesihatan dan pengasingan diri sejurus pulang ke tanah air. Ekoran itu, beberapa orang artis dan kru telah disahkan positif COVID-19 termasuklah aktor Ashraf Muslim.

BACA: Baru Pulang Dari Scotland, Puteri Aishah Disahkan Positif COVID-19

[VIDEO] Terlibat Penggambaran Di Scotland, Ashraf Muslim Sah Positif COVID-19

Sebak dada bila dapat tahu keputusan

Perkongsian penuh dukacita itu dikongsi sendiri oleh Ashraf Muslim melalui video di laman Instagram miliknya tengahari tadi. Setelah lebih 10 hari kuarantin di rumah, akhirnya keputusan saringan pada 12 April lalu mendapati bahawa dirinya telah positif virus terbabit. Malah katanya, dia hanya mampu menahan sebak saat berita tersebut diumumkan.


[VIDEO] Terlibat Penggambaran Di Scotland, Ashraf Muslim Sah Positif COVID-19

Sifatkan barisan hadapan sebagai hero negara

Selain tidak dapat menggambarkan luluhnya perasaan apabila nampak ambulans di hadapan rumah, pelakon ini juga meminta masyarakat supaya doakan kesihatan buat semua krew yang menghidap wabak pandemik itu. Malah Ashraf juga sempat berterima kasih kepada frontliners yang terlibat dalam misi mencegah COVID-19.

View this post on Instagram

Assalamualaikum…Tanggal 12hb April 2020 menjadi jawapan bagi AM ttg keputusan Sample covid19. Yer.. saya dijangkiti virus Covid19. Sewaktu itu walaupun sebak didada bila mendapat tahu jawapan tapi saya redha dgn pilihan Allah.. ada hikmah disebaliknya. Dtg perasaan nervous dan mcm2 perasaan timbul bila masuk dalam ambulance.. (itu yg sampai berpeluh2 tu). Maafkan saya ahli keluargaku, sahabat2 dan rakan-rakanku. Dan please tolong doakan yg baik utk saya dan pesakit-pesakit disini dan juga kita semua, semoga Allah jauhkn wabak ini dan tidak berterusan lagi serta sihatkan kita semua. Disini juga saya memohon maaf kepada rakan-rakan wartawan yg cuba menghubungi saya sebelum ini, yerlah..harap faham dgn situasi saya sekarang ni. Tak lupa juga pada frontliners doktor2, MA, nurse2 dan mereka yg terlibat , terima kasih u all are our hero.. and to mama, ibu , sarah, adam, anas dan safiyyah doakan ayah sungguh-sungguh supaya clear dr covid ni cepat yer.. supaya kita dapat jumpa ramai-ramai. Ayah rindu sangat.. tp jangan risau yer ayah ok kat sini sihat dan bole solat dan baca quran mcm biasa. Sama-sama kita berperasangka baik pada Allah.. hanya DIA yg berikan penyakit dan dari DIA jua yg memberikan kita kesembuhan.. Allahualam. Assalamualaikum wbt.

A post shared by Ashraf Muslim (@ashrafmuslim) on

[VIDEO] Terlibat Penggambaran Di Scotland, Ashraf Muslim Sah Positif COVID-19

Masih dapat beribadah dengan tenang

Mengenangkan nasib keluarga yang ditinggalkan sejak tiba di tanah air, pelakon drama ‘Dia Menantu Rahsia’ ini juga sempat menitipkan kiriman rindu buat mereka. Malah katanya lagi, hampir setiap masa terluang diisi dengan pelbagai rutin ibadah seperti membaca Al-Quran.


[VIDEO] Terlibat Penggambaran Di Scotland, Ashraf Muslim Sah Positif COVID-19

Sumber: Instagram Ashraf Muslim


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!