Penghantaran Terakhir, Pelajar Tingkatan 4 Temui Ajal Ketika Cari Rezeki

Satu kecelakaan jalan raya yang berlaku semalam telah mengejutkan kita semua. Kejadian yang berlaku di Bayan Lepas, Pulau Pinang itu telah menyebabkan beberapa buah kenderaan rosak akibat dihentam oleh sebuah bas persiaran. Dalam tragedi itu juga, dua orang awam mengalami cedera teruk manakala seorang pelajar Sekolah Menengah Sungai Ara menemui ajal serta merta di tempat kejadian. 

BACA: Tengah Malam Anak Terbangun Ketakutan, Esok Dapat Berita Suami Pergi Selamanya

Ajal sewaktu keluar mencari rezeki

Niatnya hanya mahu membantu keluarga serta diri sendiri. Tapi siapa sangka itu merupakan penghantaran makanan yang terakhir daripadanya. Remaja berkenaan, Muhammad Saifullah Muhammad Hafeiz bekerja separuh masa sebagai ‘rider‘ sebuah restoran makanan segera. Pelajar tingkatan 4 tersebut kembali ke rahmatullah setelah dirempuh bas itu tatkala dirinya berhenti di salah satu persimpangan lampu isyarat sewaktu dalam perjalanan menghantar piza untuk pelanggan. 

Rempuhan sebabkan dua cedera dan satu lagi kehilangan nyawa

Menerusi laporan Berita Harian, kecelakaan jalan raya berkenaan masih lagi dalam siasatan.  Bas tersebut yang dipercayai datang dari arah Persiaran Kelicap sempat bergesel dengan sebuah beberapa kenderaan lain sebelum menghentam motosikal yang dinaiki remaja tersebut. Akhirnya, bas tersebut terhenti setelah merempuh tembok batu sebuah rumah berhampiran lampu isyarat berkenaan. 

Sumber: Harian Metro 

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Apa Komen Anda?