Viral Isu Semasa Kehidupan

Peniaga Baik Hati Sedekah Makanan, Lepas Viral Datang Berkali-Kali Minta Duit

Peniaga Baik Hati Sedekah Makanan, Lepas Viral Datang Berkali-Kali Minta Duit

Penularan video mengenai fakir miskin di media sosial mampu membuka lebih banyak ruang untuk netizen menyalurkan bantuan. Malangnya bagi seorang peniaga bernama Apit Zaidi ini, dia tidak menyangka kebaikannya bersedekah malah dibalas dengan perbuatan kurang menyenangkan.

BACA : Anak Menghilang Kata Cari Rumah Baru, Ibu Merempat Enggan Masuk Rumah Kebajikan

Baru buka kedai 30 minit, dia mai tuntut duit orang bagi…Hairan macam mana dia tahu?

Kira-kira sebulan lalu, seorang wanita bersama anak kecil telah singgah ke warung perniagaan Apit dalam keadaan menyentuh jiwa. Sedar mereka tidak mempunyai kemampuan, peniaga ini seikhlas hati memberikan sebungkus popia atas dasar simpati. Tidak terhenti di situ, dia turut sampaikan sumbangan lain misalnya seperti kasut dan juga baju baru. Namun keesokan harinya, dia hairan kerana individu terbabit sudah menunggu di depan kedai selain bertanya mengenai duit sedekah awam.

@apitzaidi_

ada sesiapa nak mengeluh hrini anda ad masalah ? tgok video ni .. depa kurang dri smua segi .. tpi Hidup mcm tkda msalah 🥰 spa jmpaa tlg bg ap yg hampa ad .. igt ! tk msikin klau bg org ap ap 🥰 #popisbropit #fypdongggggggg

♬ original sound – apit zaidi – @Bropit

@apitzaidi_

Last Part 😢 .. Sebabkan makcik dan adik .. rezeki sya mencurah curah smpai hrini .. tak kesahh warna ap yg sya dpt utk kisah makcik tapi sya doakan Makcik berjaya hidup smpai jalan penamat dgn Kebaikkan ❤️ #popisBropit #fypdongggggggg #fyp

♬ original sound – apit zaidi – @Bropit

Nak minta duit beli lauk…Nasi dah masak tapi lauk takde

Walaupun cuba untuk bersangka baik, ternyata Zaidi seakan-akan menjadi ‘lubuk emas’ buat kehidupan keluarga fakir terbabit. Rupanya sejak viral tempoh lalu, wanita itu dikatakan berkali-kali datang lagi ke sana dengan 1001 alasan. Tujuannya hanya satu iaitu mahukan wang ringgit. Pun begitu, panggilan telefon yang diterima daripada seorang doktor perawat mengesahkan mak cik berkenaan sebenarnya seorang penagih.

@apitzaidi_

bukan nak fikir buruk . Skrg byk aku belajar . nak buat baik berpadalah bila dah tahu situasi sebenar … ❤️ #popisBropit #fypdongggggggg

♬ original sound – @Bropit – @Bropit

Mulanya cakap takde duit makan, bila petang cakap takde duit tambang bas

Duit yang diminta konon untuk menampung keperluan hidup sebenarnya digunakan bagi membeli barang terlarang. Selain meminta wang secara terang-terangan, Apit juga mendedahkan terkadang mereka akan membuat drama sedih untuk meraih simpati. Muncul dengan individu berbeza-beza, mak cik terbabit juga datang pada setiap hari sebanyak 2-3 kali.

Peniaga Baik Hati Sedekah Makanan, Lepas Viral Datang Berkali-Kali Minta Duit Peniaga Baik Hati Sedekah Makanan, Lepas Viral Datang Berkali-Kali Minta Duit

Peniaga Baik Hati Sedekah Makanan, Lepas Viral Datang Berkali-Kali Minta Duit

Kredit : TikTok Apit Zaidi & FB mStar

🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Peniaga Baik Hati Sedekah Makanan, Lepas Viral Datang Berkali-Kali Minta Duit

Facebook

Telegram