Pening Nak Tentukan Jumlah Duit Raya? Ikuti 4 Panduan Berkesan ini!

Setiap kali tiba hari perayaan, bagai sudah menjadi satu kemestian bagi orang dewasa sama ada yang sudah berkahwin ataupun belum untuk memberikan duit raya pada anak-anak kecil. Jika yang berkemampuan, maka banyaklah jumlah duit raya yang akan dilaburkan. Namun bagi yang kurang berkempuan kerana bergaji kecil, maka akan sedikitlah duit raya yang dilaburkan mereka. 

BACA: Kesuntukan Masa Nak Tukar Duit Raya, Rupanya Boleh Buat Sendiri di Mesin ATM!

Gambar sekadar hiasan

Bagi mereka yang baru memulakan pekerjaan, pasti inilah kali pertama merasa pengalaman memberikan duit raya pada sanak saudara.

Tak dinafikan, golongan ini pastinya berdepan kesukaran untuk menentukan jumlah duit raya yang sesuai diberikan pada adik-adik, sepupu, anak saudara dan ramai lagi! Usah khuatir, tips ini mungkin boleh membantu anda. Teruskan membaca!

Gambar sekadar hiasan

1. Tetapkan jumlah keseluruhan bajet duit raya

Apa yang penting ikut kemampuan dan tahu tahap kewangan peribadi anda! Sebagai langkah pertama, agihkan dulu duit raya berdasarkan jumlah keseluruhan bajet setakat yang anda mampu. Dengan adanya bajet, anda mampu mengelakkan diri daripada terlebih belanja lalu menjejaskan pengurusan kewangan pada bulan yang seterusnya sementara menunggu gaji. 

Jadi catat dulu bajet yang anda ada barulah beralih pada langkah yang seterusnya..

Gambar sekadar hiasan

2. Senaraikan kategori orang yang akan dapat duit raya dari anda

Daripada adik sepupu, anak sedara, sehinggalah ibu bapa, eloklah anda senaraikan semua itu mengikut kategori masing-masing. Perkara ini sememangnya nampak leceh tapi percayalah, sebaik sahaja anda selesai senaraikan semua kategori itu pasti proses pembahagian duit raya ini anda jadi lebih mudah. 

Berikut adalah kategori yang biasanya perlu diutamakan:

  1. Keluarga terdekat (ibu bapa, adik-adik, anak saudara)
  2.  Kanak-kanak dari sanak-saudara yang jauh
  3. Rombongan kanak-kanak dari kawasan perumahan
Biasanya kategori 1 akan mendapat jumlah yang lebih banyak daripada kategori 2 dan 3. Ini adalah sekadar cadangan, mungkin ibu bapa boleh diberikan RM100 seorang, manakala adik-adik dan anak saudara boleh diberikan RM10 setiap orang. Dan begitulah seterusnya. 
Apa-apa pun, segalanya bergantung pada kemampuan kewangan anda. 
Gambar sekadar hiasan

3. Tiba masanya tukar duit raya 

Bila dah ada sistem bajet yang tersusun dan sistemat1k, maka bolehlah duit raya itu ditukar. Tapi anda perlulah peka dengan ketersediaan sesetengah bank kerana mereka akan menetapkan tarikh tertentu bagi pertukaran duit raya. Tapi kebiasaannya orang akan mula menukar duit raya dua atau seminggu sebelum hari raya.
Gambar sekadar hiasan
4. Asingkan jumlah wang mengikut kategori sampul raya
Gambar sekadar hiasan
Tak guna anda menyenaraikan bajet dan jumlah duit raya yang akan diterima setiap kategori jika semua duit raya itu dimasukkan dalam sampul yang sama jenis! Pasti anda tidak mahu duit raya tersebut bercampur dan tertukar-tukar  semasa hari kejadian kan? Jadi adalah amat penting untuk anda membezakan setiap jumlah duit raya yang ditetapkan dengan perbezaan warna sampul duit raya. 
Sumber: loanstreet

Apa Komen Anda?