Tips

Pentingnya Ilmu Emas, Terkedu Ada Besi Dalam Gelang Bangle Bila Nak Jual Balik

Pentingnya Ilmu Emas, Terkedu Ada Besi Dalam Gelang Bangle Bila Nak Jual Balik

Umum mengetahui bahawa selain dijadikan sebagai aksesori, barang kemas juga adalah satu daripada aset pelaburan yang tidak akan susut nilainya. Namun, ternyata ramai pembeli sanggup mengeluarkan modal besar dalam belian hanya kerana reka bentuknya yang lawa tanpa menyelidik terlebih dahulu. Ini termasuklah dengan permintaan tinggi terhadap pembelian bangle.


BACA:[VIDEO] Suami Menabung Duit Syiling 2 Tahun, Wanita Bahagia Dapat Gelang Emas

Nak tengok besi dalam barang kemas 916? Emas jenis bangle kepit ada spring besi walaupun jenama mahal

Seorang pengurus kedai emas telah memuat naik satu video di akaun TikTok @emasfaiz ketika membuka gelang emas jenis bangle. Dia memisahkan satu-persatu item pada aksesori berkenaan termasuklah spring yang berfungsi untuk menjadikan barang kemas itu lebih fleksibel. Selepas diuji, penyambung tersebut rupanya hanyalah besi semata-mata.


 

Pentingnya Ilmu Emas, Terkedu Ada Besi Dalam Gelang Bangle Bila Nak Jual Balik
Gambar Sekadar Hiasan

Tak boleh nak 100% tunding jari pada penjual…Nak beli emas kena ada ilmu

Memetik laporan mStar, video itu dimuat naik bertujuan untuk berkongsi pengalaman seorang pelanggan ketika hendak menjual semula emas. Menurutnya, ada sesetengah pemilik kedai emas tidak berlaku jujur ketika urusan jual beli gelang bangle dijalankan. Oleh itu, dia menyarankan agar netizen mendapatkan ilmu mengenai barangan kemas sebelum membuat pembelian.


@emasfaiz

” akak beli dgn kawan tapi dia tak bagitau ada besi dalam tu ” – kes ke-2 bulan ni

♬ original sound – putriariani – putriariani

Pentingnya Ilmu Emas, Terkedu Ada Besi Dalam Gelang Bangle Bila Nak Jual Balik

Pentingnya Ilmu Emas, Terkedu Ada Besi Dalam Gelang Bangle Bila Nak Jual Balik

Patutlah berat mahal, rupanya ada dawai…Betul tu, tapi sebab nak melawa onz je

Sejak dikongsikan 5 hari lalu, video itu meraih hampir 450 ribu jumlah tontonan. Menjengah ke ruangan komen, ramai orang tidak tahu mengenai isu ‘besi dalam emas’ ini. Bagi penggemar gelang jenis bangle ini pula, mereka tidak kisah dengan perkara tersebut kerana lebih mementingkan rupanya yang menarik.

Pentingnya Ilmu Emas, Terkedu Ada Besi Dalam Gelang Bangle Bila Nak Jual Balik

Pentingnya Ilmu Emas, Terkedu Ada Besi Dalam Gelang Bangle Bila Nak Jual Balik

Pentingnya Ilmu Emas, Terkedu Ada Besi Dalam Gelang Bangle Bila Nak Jual Balik

Pentingnya Ilmu Emas, Terkedu Ada Besi Dalam Gelang Bangle Bila Nak Jual Balik

Kredit: TikTok emasfaiz & Portal Mstar

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Pentingnya Ilmu Emas, Terkedu Ada Besi Dalam Gelang Bangle Bila Nak Jual Balik

Facebook

Telegram