“Penuh Dengan Penipuan..” – Perkahwinan Natasha Hudson Gagal Buat Kali Ke-4

Sebelum ini, status aktres Natasha Hudson sebagai seorang isteri telah menjadi perbualan ramai menerusi beberapa status di IG Story dan posting di Instagram miliknya. Hal ini mula dihidu apabila dia telah meluahkan rasa sedih dan kecewa tentang kehidupan peribadi dan rumah tangganya. Dan menerusi laporan terbaru di portal mStar, pelakon ‘Halilinta’ ini telah mengesahkan bahawa dia dan Noor Nashriq Sekarnor bukan lagi suami isteri.

BACA: Berkahwin Lepas Drama DOTS, Akhirnya ‘Song-Song Couple’ Nekad Untuk Berpisah!

Perkahwinan ini penuh dengan penipuan…

Meskipun tidak dimaklumkan secara terperinci tentang tarikh perpisahan itu, namun selebriti berusia 37 tahun ini tidak menafikan antara punca dia mahu keluar daripada rumah tangga tersebut adalah kerana tidak tahan sering dipermainkan. Malah jika ditinjau ke Instagram miliknya beberapa hari lalu, dia telah memadam semua gambar bersama dengan bekas suami.

Tak perlu orang yang lemah…saya juga manusia yang mempunyai hati

Ekoran daripada kegagalan rumah tangga yang terbina pada Disember tahun lalu, Natasha berharap agar dia dipertemukan dengan teman hidup yang lebih baik dan pandai memahami 2 cahaya matanya iaitu Naeema Kalila dan Faatimah. Dalam pada itu, dia turut memaklumkan bahawa buat masa ini dia hanya ingin membahagiakan diri sendiri serta fokus kehidupan masa akan datang.

Perpisahan kali ke-4 Natasha Hudson

Perkahwinan bersama usahawan dari Kelantan itu adalah kali ke-4 dalam hidupnya. Oktober tahun lepas, Natasha pernah membuat pengakuan sudah berpisah dengan suami ketiganya yang juga bekas penyanyi hip hop, Carleed Khaza. Terdahulu, Natasha juga pernah berkahwin dengan Mohd Faiz Mohd Raih pada 2006, namun hanya bertahan 4 bulan. Kemudian, perkahwinan bersama Datuk Shahrin Zahari pada Julai 2007 juga tidak berkekalan apabila berkekalan selama 2 tahun sahaja.

Sumber: mStar

Apa Komen Anda?