Keisya Levronka merupakan penyanyi asal Indonesia yang popular menerusi lagi ‘Tak Ingin Usai’. Bukan sahaja meraih jumlah tontonan luar biasa di YouTube, malahan potongan korus lagunya sering dijadikan sound video TikTok sehingga trending.
BACA : Penyanyi Lagu Viral TikTok Terkucil Di Pentas Live, Suara Guru Seni Lebih Merdu
Katanya sih ini live perdana Keisya bawain lagu ‘Tak Ingin Usai’
Pun begitu, gadis berusia 19 tahun ini pernah berdepan pelbagai kritikan atas dakwaan bersuara sumbang. Melalui beberapa persembahan live di event besar, Keisya dipercayai ‘pancit’ khususnya ketika menarik bahagian nyanyian bernada tinggi. Sebanyak 3 kali berturut-turut, kesalahan tersebut berlaku pada durasi yang sama iaitu selepas dia menyanyikan lirik “Ku menanti kau tuk kembali”. Pun begitu, semangatnya untuk terus bertahan dalam industri muzik tidak mengenal erti mengalah.
@skuyy.living13 @keisya levronka 💖 #takinginusai #keisyalevronka
@guakullanjir123 Kasih pendapat dong guys 🤔 #keisyalevronka #takinginusai #takinginusaikeisyalevronka #insert #fyp #fypシ #fypdongggggggg
@byunaylie Katanya sih ini live perdana keisya bawain lagu Tak Ingin Usai… Lagu yg kuputar 100x wkt lagi mandi🫶🏻🥹✨🫠 #keisyalevronka #takinginusai
Lama dah Bella tak buat cover…But this is such a beautiful song
Sementara itu, Nabila Razali berjaya menarik perhatian ramai selepas membuat cover lagu tersebut. Pernah mengalami kejadian sama seperti Keisya suatu ketika dahulu, Bella bagaimanapun membuktikan kemampuan sebenarnya kali ini. Menyanyi dalam keadaan duduk sekalipun, suaranya langsung tidak terjejas dan disempurnakan dengan penjiwaan yang luar biasa.
@nabila.razalii Lama dah Bella tak buat cover but this is such a beautiful song 💖 I had to do it. Big thanks to hensem guitarist @anwaramzah & my bro @justin_mfmf Enjoy! 😉 @universalmusic_my #TakInginUsai #TakInginUsaiCoverChallenge #MusicOnTrend
Teruskan bawa lagu macam ni…Bella sesuai dengan genre macam ni
Cukup merdu, itulah rata-rata komen yang diberikan oleh ratusan netizen selepas menyaksikan video tersebut. Lama tidak mendengar khabar, mereka menyifatkan suara Bella sudah mempunyai tahap peningkatan yang sangat baik.
Kredit : TikTok skuyy living, Nabila Razali, guakullanjir123, si odri
🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
