Penyanyi ‘Kepuraanmu’ Tak Sertai Big Stage, Cemburu Tapi Mahu Fokus Benda Lain

Sejak kebelakangan ini, lambakan penyanyi muda atau BBNU (Budak Baru Nak Up) semakin diminati. Malah, lagu-lagu mereka ini lebih kerap diputarkan di radio dan menjadi siulan oleh segenap lapisan masyarakat. Jika kita mengikuti trend muzik ini, pastinya kita pernah layan lagu Kepuraanmu nyanyian seorang penyanyi remaja berusia 19 tahun ini. Terbaharu, dia telah menjawab persoalan peminatnya berkenaan keputusannya tidak menyertai rancangan Big Stage. 

BACA: Fake Obvious Sangat- The House Tampilkan BBNU, Tapi Watak Kaku & Tak Natural?

Penyanyi yang dimaksudkan adalah Luqman Faiz. Dia telah memuat naik status di Twitter miliknya menjawab sebab tidak menyertai program realiti berkenaan kerana mahu lebih fokus pada pelajaran. Dia yang merupakan seorang pelajar jurusan muzik di sebuah universiti awam turut memberitahu yang ini adalah kali kedua dia mendapat tawaran untuk menyertai program tersebut. 

Ikut nasihat ibu

Luqman memberitahu, ketidaklibatan dia dalam program berkenaan juga adalah disebabkan nasihat ibunya yang mahu dia fokuskan satu demi satu perkara terlebih dahulu. Selain itu, dia juga masih muda dan percaya bahawa ada peluang dan rezeki lain yang diaturkan untuknya. 

Terdetik perasaan cemburu 

Dia juga tidak menafikan pernah terdetik perasaan cemburu melihat rakan-rakan seangkatannya memasuki Big Stage memandangkan itu adalah platform yang terbaik untuk menyerlahkan bakat penyanyi remaja sekarang. Walaupun tidak bertanding, dia tetap menyokong semua rakan-rakan yang masuk bertanding. 

Sementara itu, peminat di laman Twitter turut menyokong keputusannya untuk tidak menyertai program realiti, Big Stage. Malah, mereka juga mengucapkan selamat maju jaya kepada Luqman untuk pengajiannya di peringkat diploma itu. Sebagai perkembangan, Luqman kini giat mempromosikan single yang kedua berjudul Takhta Cinta yang dilancarkan sejak 28 Julai yang lalu. 

Sumber: mstar & IG luqmnnfaiz

Apa Komen Anda?