Seorang isteri hamil sewajarnya tidak dibebani suami mereka dengan sebarang gangguan emosi. Namun bagi seorang anggota polis ini, dia menanggung ujian berat walhal baju saja bernikah pada November 2021 lalu. Disangka pasangannya seorang lelaki yang baik, kini kebahagiaan mereka cuma bertahan sekejap.
BACA : Isteri Tergamam, Ujian DNA Sahkan Anak Usia 35 Tahun Bukan Zuriat Kandung Suami
Alami mimpi pelik & makin curiga lihat suami bermain telefon
Puan Suci baru-baru ini melaporkan perbuatan suaminya yang menjalin hubungan terlarang dengan wanita berstatus isteri orang. Kecurigaan mengenai hal itu mula dirasai setelah dia melihat Encik DK berperangai pelik setiap kali memegang telefon bimbit. Tambahan lagi, dia pernah bermimpi lelaki itu berjalan sambil memegang tangan perempuan lain.
“Dulu saya bukan jenis suka check phone suami. Tapi pelik apabila dia pulang ke rumah & tidur dengan saya, dia selalu cas telefon padahal bateri dah penuh. Suami juga suka main telefon sambil sengih-sengih dalam bilik tidur yang sedang gelap”
Jumpa gambar anak-anak skandal…Wajah anak yang paling kecil tu sangat mirip dengan suami saya
Dapat meneka password telefon Encik DK, Puan Suci terus ‘menggodek’ isinya dan menemukan bukti perselingkuhan. Rupanya selama ini, lelaki licik itu hanya berkongsi status WhatsApp dengan skandalnya sahaja (digelar Puan W). Sejak itu, dia menyusun strategi termasuklah mencari semua maklumat dan latar belakang keluarga wanita berkenaan. Menemukan gambar anak-anak Puan W, terdapat seorang budak lelaki berusia 4 tahun yang dilihat sangat mirip dengan suaminya.
Isteri buat ‘perangkap’…Ujian DNA buktikan segala-galanya
Tanpa berlengah, Puan Suci kemudian mengatur sendiri perjumpaan dengan suami Puan W bagi mendedahkan kebenaran. Lantas, mereka berdua pun berbincang tentang cara untuk mendapatkan sample DNA bagi mengesahkan status anak kecil tersebut. Firasatnya benar belaka, kanak-kanak bernama Khalid berkenaan terbukti memang zuriat kandung kepada Encik DK.
“Kini saya sarat hamil. Patutlah tak pedulikan anak dalam perut ni. Rupanya dah ada anak sendiri hasil hubungan haram dengan bini orang lain. Skandal sejak 2015, anak lahir pada 2017. Puan W adalah kawan sekerja suami. Saya cakap dengan suami kononnya nak buat ujian kromosom supaya dia tak curiga yang sebenarnya itu adalah sample DNA” – Puan Suci
Kredit : Twitter Suci Darma & Portal detik
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
