Viral Tips

Perempuan Kerap Salah Baca Maps & Bertekak Dalam Kereta? Lelaki Ajar Cara Betul

Perempuan Kerap Salah Baca Maps & Bertekak Dalam Kereta? Lelaki Ajar Cara Betul

Entah kenapa, biasanya kebanyakan perempuan mempunyai masalah untuk memahami penggunaan aplikasi penunjuk arah, Maps. Meskipun ada suara latar dan laluan yang sudah digambarkan atas skrin telefon, rata-rata mereka tetap akan tersalah memberikan arahan kepada pemandu. Kalau tidak terlepas simpang masuk, mungkin terlalu awal pula memberitahu arah sebenar tanpa sedar rupanya sudah memasuki laluan salah.

BACA: Anak ‘Picky Eater’ Punca Mak-Mak Bertukar Jadi Hulk? Try Pujuk Guna 5 Cara Ini

Cara baca Maps untuk perempuan…Penatlah perempuan selalu salah tunjuk jalan

Menyedari golongan perempuan sering berdepan masalah tersebut, seorang pemuda di TikTok tampil berkongsikan sedikit ilmu yang mungkin boleh dijadikan panduan. Berdasarkan lukisan contoh dibuatnya, seharusnya anda memastikan betul-betul dahulu anggaran jarak simpang yang bakal dimasuki dan terus memberikan peringatan awal kepada pemandu.

Perempuan Kerap Salah Baca Maps & Bertekak Dalam Kereta? Lelaki Ajar Cara Betul
Gambar sekadar hiasan

Kau cakaplah “perlahan-perlahanlah, depan ada simpang kena masuk”

Jadi, nanti pemandu boleh memperlahankan kenderaan mereka supaya tidak terlajak ketika perlu belok ke laluan yang betul. Selain itu, anda juga dinasihati untuk tidak memberikan arahan masuk secara tiba-tiba tambahan pula sekiranya jalan yang dilalui mempunyai banyak simpang berbeza.

@bernard_joee

Ntn ini, dripada diomelin cowo kamu 🥲👌🏻

♬ Quirky – Oleg Kirilkov

Bila dijelaskan memang faham, tapi masa atas jalan kalau tak cepat sangat belok, mesti terlambat pulak

Meraih jutaan jumlah tontonan di TikTok, ramai yang merasa terhibur dan golongan wanita mula memenuhi ruangan komen. Meskipun sudah memahami penjelasan pemuda itu, mereka yakin kesilapan sama tetap akan berulang apabila berada di atas jalan kelak.

Perempuan Kerap Salah Baca Maps & Bertekak Dalam Kereta? Lelaki Ajar Cara Betul

Perempuan Kerap Salah Baca Maps & Bertekak Dalam Kereta? Lelaki Ajar Cara Betul

Perempuan Kerap Salah Baca Maps & Bertekak Dalam Kereta? Lelaki Ajar Cara Betul

Perempuan Kerap Salah Baca Maps & Bertekak Dalam Kereta? Lelaki Ajar Cara Betul

Kredit : TikTok bernard joee

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Perempuan Kerap Salah Baca Maps & Bertekak Dalam Kereta? Lelaki Ajar Cara Betul

Facebook

Telegram